Search This Blog

mine! nuff

Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

apam dot dot

assalamualaikum...dan salam sejahtera...
versi rajin update blog::
dah lama teringin  nak buat apam dot dot ni..jenguk dalam blog kak rosa...dah studi dah.. and thanx a bunch to kak rosa coz hadiahkan acuan lompang untukku buat apam ni..lagi tambah semangat la ayu ni..
ini kali kedua buat baru la leh nak publish... anak2 semua suka..
alisha datang dapur mintak "mama, nak kek 3..kakak..adik..abah.." berapa kali punggah pun, tak perasan..nak tunggu siap semua apam dot2 ni..ingatkan dia tak makan..p jenguk..memang btol makan..ini dah mintak nak kek lagi.aish..tak sempat la anak mama...
for second time wat ni..ade ezy gk kt umah..meangkap assistant la..credit to ezy ...

jom kita tengok resipi..untuk rujukan ku di masa depan jugak...

APAM DOT DOT


Bahan-bahan

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum - 21/2 cwn
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan - akk guna 1 cawan 
  • 150gm susu segar 
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).



dah jadi ke dot2 ni...hihi..