Search This Blog

mine! nuff

Showing posts with label dari dapur ayunalisa. Show all posts
Showing posts with label dari dapur ayunalisa. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

paru goreng berlado

assalamualaikum..dan salam sejahtera...
dah lama takde entri masak2...yang ni masak kelmarin..alang2 transfer picas.. dah lama dah nak try wat paru ni..(orang kelantan panggil pelempung-maybe sebab ringan la kot,jd macam pelampung..hehe)-..my larling tak bape suke yang 'lembik2' ni..teringat nasi lemak lauk paru yang makcik tepi maybank jual..time nak masuk opis,singgah beli dulu..besh..garing2 paru dia..(tempat keje lama kat KL) balik kelantan ni..dah tak jumpa yang camtu..kalau ada pun..lembik je..
panjang lebar ciritera..hihi.so..semalam..ayu pun adaptasi la rasa yang pernah dirasa tu..
ini resipinya..godek2 dapur bonda..aplikasi ngan resipiku..hihi..dan yang paling penting..my larling yang tak suka makan paru..boleh makan paru dengan cara masak camni..dan bonda pom puji gak..hik3..

paru goreng berlado ayunalisa

sumber :: ayunalisa.blogspot.com

bahan-bahan..

paru - direbus terlebih dahulu dengan sedikit garam
sebiji bawang besar*
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia-optional..semalam lupe nak bubuh*
6-7 biji lada kering* (nak pedas.letak lebih)- direbus terlebih dahulu, takpun rendam ngan air panas
sedikit garam
sedikit gula-menggantikan ajinamoto..ayu tak pernah masak guna aji..
asam keping
sedikit sos tiram ## optional..ayu selalu masak letak sos tiram cikit..
minyak

blender semua bahan bertanda *

cara-cara
1. hiris nipis2 paru..senipis yang boleh la..untuk bagi garing tu
2. goreng paru sehingga garing
3. ketepikan..letak dulu dalam pinggan ye..jangan letak kat tepi kuali tu..hihi
4. tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak
5. masukkan sos tiram, garam, dan gula dan asam keping tadi
6.sesuaikan mengikut rasa masing2 ye..
7.pastu, masukkan paru yang dah digoreng tadi..kacau balik sehingga dah bergaul mesra..

dah siap dah pun...


Thursday, November 10, 2011

orange cake blended

assalamualaikum..
windunya nak update blog ni...dah penuh dengan sawang umah ni..puan blog ni..tak tau nak kata..bizi ke ape ke...asalnya gamba belum transfer..tu yang jadi lambat nak update blog..
oklah..dah panjang ciriteranya ni..moh kita layan entri selepas bercuti panjang..orang lain bercoti jauh..kita bercoti berblogging..hihi..
orange cake blended.. hari tu ada oren kat rumah..tu yang try wat kek ni...copy paste dr blog kak rosa

BLENDED ORANGE CAKE
Sumber : myresipi @kakfida
ayunalisa.blogspot.com


Bahan-bahan ( loyang 9 inc )


1 bji buah limau -
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - ayu letak 1 1/2 je..
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )


Cara-cara


Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.


Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.


Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.


Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

jom tengok kek ayunalisa ni..



Wednesday, October 19, 2011

nasi lemak hujan panas

asalam...nasi lemak ni saya wat minggu lepas..biasalah..kesibukan mengatasi segalanya..terbantut sesi mengapdet blog tersayang nih..hari tu tertengok nasi lemak kak rosa..pastu larling pon request nak makan nasi lemak gak..so apelagi..buat guna resipi sendiri..

nasi lemak hujan panas ayunalisa
by : ayunalisa

2 cawan beras
2 cawan air dicampur dengan setengah peket santan segera
1 inci halia- dimayang
2 ulas bawang putih-dimayang
secubit garam
3 helai daun pandan
sedikit pewarna merah, hijau, kuning

cara2 untuk buat nasi :)
1. masukkan semua bahan ke dalam rice cooker kecuali pewarna. masak seperti biasa
2. bila nasi dah kering, ldah dekat2 nak masak.etakkan 3 jenis pewarna pada tempat berlainan..satu tempat satu warna..kacau setiap warna tu..jangan kacau semua skali ye.
3. bila nasi dah masak, bolehla gaul semua skali..biar kesemua warna bercampur comel..

sambal ikan bilis
ikan bilis - dibasuh,cuci,tos -separuh goreng garing,separuh lg nak guna untuk dalam sambal
1 biji bawang besar *
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
sedikit halia *
7-8 biji cili kering (direndam atau direbus terlebih dahulu)*
garam secukup rasa
asam keping
sedikit gula melaka a.k.a nise..
sedikit sos cili, sos tomato,oyster (optional-nak letak boleh,tak nak letak pun tak pe)
minyak

kisar semua bahan bertanda *

cara2

1. panaskan minyak..
2. tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak..boleh la letak bahan optional tadi
3. masukkan gula melaka, ikan bilis( yang belum digoreng) dan sedikit garam
4. masukkan asam keping dan kalu nak banyak lagi 'kuah' tambah sedikit air
5. kacau2 hingga masak dan siapp...

boleh makan dengan ikan bilis goreng garing tadi, kalau nak tambah kacang tanah goreng pon boleh, ulam timun dan telur..
'''selamat mencuba''


darling cakap..eh..x cukup lah..nanti kena wat lebih sikit.. alisha pn makan gak nasi lemak ni..makan nasi saje je dia..siap bertambah2.. :)

Monday, October 17, 2011

puding roti marble..

assalamualaikum dan salam siaran...
versi merajin kan diri...baru sempat upload gambar..
bila tengok roti nak expired tu.. terus search resipi puding roti..lama dah berkenan ngan puding roti marble..jln2 umh kak lina, kak rosa, kak hasue n geng blogger yg lain..ramai dh mncoba resipi ni..yg tuan nya dolu2 ade kt jepun..bla balik malaysia ni..kak hana menyepikan diri..sibuk barangkali.. :)
jumpe tutorial nk memarblekan puding ni kt blog kak hasue..ape lg pg ni trs je mempraktikkan nye dgn mengopi peskan resipi dr blog kak lina pg...thanx to all...

cekidout resipi nya.. :

PUDING ROTI MARBLE
by : ayunalisa
kopi pes dr : kak lina pg
Bahan-bahan ( satu loyang )
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 (sy gn agar2 10g)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air (4cawan)
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)- ayu guna sirap ros..serbuk koko dh abes stok

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!


saje nak guna acuan jagung ni..nak merasmikan la ni..ini adunan yang lebih dari loyang..jagung kaler pinky2..hehe..


yang ni dalam loyang..abaikan yang cemomot tu..hihi


yang ni yang dah potong..dari loyang..nak tunjuk ni..dah jadi ke marble nya ni akak2 cayang semua?

ini yang dah dipotong-potong..alahai kuat lak jadinya flash kamera ni...lupe nak edit lak tadi..

Sunday, October 16, 2011

ikan bakar tempoyak

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
ikan bakar tempoyak ni idea asal dr CC skul ayunalisa..thanx ya kak ani..mmg mabeles rasenye.. ni yg kedua kali aku wt ikan ni..resipinya cukup mudah skali..

Ikan Bakar Tempoyak
by : ayunalisa.blogspot.com

Bahan2
ikan- ayu guna ikan kembung je..leh je gna ikan sg @ikan pape yg korang suka
tempoyak secukupnya
cili padi - nk pedas letak lebih..
sdikit garam
serbuk kunyit - optional..nk boh blh..xmo pn blh
daun pisang ke, daun kunyit ke, aluminium foil- ( tak nak bg semua bhn td terkeluar ms bako.. )

cara2
1. bersihkan ikan dan kelar ( kelar nk bg rasa tempoyak sekata nnt)
2. lumur ikan dengan sdikit garam n kunyit. (kalau tempoyak dh masin, xpyh letak garam
3. tumbuk tempoyak dan cili padi.. ( kalau guna kunyit hidup,leh tumbuk skali
4. lumur tempoyak n cili padi yg dah ditumbuk pada ikan..
5. tutup ikan dengan daun pisang @ daun kunyit @ aluminium foil-guna daun2 tambah lg aroma dia..
6. bakar ikan sehingga masak- jap je bako ikan ni..
7. siap.. selamat mencuba

Saturday, October 15, 2011

kek coklat lembab and happy birthday to alisha

assalamualaikum, dan salam sejahtera...
ini n3 gantian kpd kek besday alisha...hr tu sambut besday dia kt kg..tp gambo2 xleh nk transfer...so aku wt kek lain..mmg dh niat nk wt kek utk besday alisha pn..soo..godek2 resipi..jumpa resipi dlm blog hasue.. ish..mudah je ni..bhn sume dh ade..lg mudah dr yg ari tu..
memula nk bako je..tp pastu tukar kukus je kek ni..
dh siap tu..tgk kek..waaaa..tgginya..hihi..rs pn sodap... alisha xnyempat2 nk mkn kek ni..sampai nangis2 mtk kek...

jom kita tengok resipi dlu..utk rujukan aku gk di masa depan...leh wt lg... ade org nempah dh kek ni..haha.. tggu la ye dear...
kak sue.. mtk izin kopi n pes ye...

Kek Coklat Lembap
by:http://ayunalisa.blogspot.com
copi from: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan -hasue guna cawan 200ml

3/4 cawan gula pasir*
1 cawan serbuk koko*
1 cawan susu sejat*
1 cawan susu pekat*
1 cawan minyak masak*
1/2 sudu teh serbuk nescafe*
1 sudu besar pati oren sunquick*

4 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara2:
  1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Masak sehingga gula cair sepenuhnya,tidak perlu mendidih. *Panaskan oven pada suhu 180c ## klu nk kukus..jgn lupe pnaskan gk la pngukus tu
  2. Dalam bekas agak besar,pecahkan telur dan pukul sedikit sehingga agak kembang. Masukkan adunan ke dalam bekas berisi telur tadi dan gaul sebati(guna handwhisk atau senduk)
  3. Setelah itu ayakkan tepung,baking powder dan soda bikarbonat ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan menggunakan handwhisk.
  4. Gris loyang 9x9 dengan butter n lapikkan dengan baking paper. Tuangkan adunan(hasue tapis adunan ketika masukkan dalam loyang) ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak. --aku pn tapis gk n tutup loyang ngn aluminium foil..xnk kasi wap2 air tu jatuh ats kek je..
  5. Selamat mencuba

Coklat ganache:
Panaskan lebih kurang 180g coklat masakan cara double boiler,dah cair tambahkan 2 sudu besar whipping cream dan satu sudu besar butter..kacau rata menggunakan handwhisk.
Sejukkan sebentar dan tuangkan ke atas kek. Hias ikut kreativiti sendiri

utk topping ni..aku guna cara lain...
susu pekat 3-5 sudu makan + susu cair 2-3 sudu makan, 3 sudu butter, 1/4 cawan serbuk coklat.. masak guna double boiler..pastu tuang ats kek..hias n siaappp...


memang sedap kek coklat ni..ayu wat versi kukus..


dh meleleh dh topping dia nih..kakak yang decorated gk kek ni..tomei2? hik3

excited sgt nk tiup lilin nya..dr kek ni in da making..alisha dok mtk kek...adik tumpang sronok..sronok tgk api lilin la dia...




Wednesday, October 12, 2011

agar-agar tomei...

assalamualaikum dan salam siaran...
versi fast posting..hihi...mggu ni bz ngn krijo..huk3..
saje nk tayang agar2 ni..resipi pn xde..mudah sesgt...
ade srbuk agar2,gula n pwarna je..daun pandan ckt...
ni larling nk mkn beledo camgini...hihi..ngn bantuan dan hasil kreativiti larling gk la ni..mngaler2 agar2 ni...




taraaaa...

Sunday, September 25, 2011

sagupa lagi..

SALAM SIARAN... bertemu kita di arena blogging ini.. ni menu dh basi dh..wt draf..lupe lk nk edit n post..hr ni ade masa ckt..so leh la aku pos n3 ni.. ni menu desert favorite my larling.. kali ni wt versi warna-warni di aidilfitri..hihi...


bahan2 mudah aje..utk wt sagu,
sagu
air(secukupnya)
kuahnya
2 cawan santan = 1 kotak santan kecik yg 200ml
sedikit halba(utk naikkan aromaterapi kuah nye)
garam
gula
daun pandan

cara2nya
1- bersihkn sagu dan toskan airnya
2- sagu ni lk.kta letak air panas(yg br pas mndidih)gaul2..boh air ckt2 je ye..sampai sagu ni kta leh bentuk2..mcm nj wt onde2 la..
3-bentuk2 sagu kta ni..nk wt bolat2 ke.leper2 ke..suka ati la


Saturday, September 24, 2011

ikan patin masak tempoyak


assalamualaikum dan salam satu malaysia..hehe..puan blog ni rajin mgentri lk hari2 mggu cam gini.. ini resipi lunch semalam... nk post semalam..dh ade tayang menu bekpes.. ssebenarnya dh lama nak try wt sdri ikan patin masak tempoyak ni..tgk resipi ms tgh pantang kt damia..meluap2 rasa nk wt tu..hihi..so smlm br trcapai hasrat di hati..puas hati sgt2... jom tgk resipi..utk rujukan ku utk masa depan lk..

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
resipi asal : melurputih
oleh :ayunalisa..

Bahan-bahan ( 2 org mkn )

  • 1 ekor ikan patin (dipotong selebar 2 jari) ***nak guna ayam pun boleh***
  • 10 tangkai cili api (kalu nk pedas bley lebihkan cilinyer)- aku guna cili kering
  • 3 sudu besar tempoyak (kalu nk pekat tambah lg)
  • daun kesum dan bunga kantan
  • asam keping (bile perlu sahaja)
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara

  1. basuh ikan patin sehingga bersih dan rendam 5 minit dlm air asam jawa (nk buang hanyir ikan je)..
  2. cili api dimesin bersama kunyit hidup dan tempoyak..kemudian masukkan dlm periuk tambah kan 2 cawan air..masukkan ikan patin dan masak atas dapur ngan api yg sedang2 jer..
  3. bila sudah mendidih masukkan garam n perasa (cukup rasa)..bile sudah cukup masam tak perlu masukkan asam keping (sebab tempoyak dah cukup rs masamnyer)... **kalu tak rs masamnyer br letak asam keping**
  4. last sekali masukkan daun kesum dan bunga kantan..biar mendidih selama 5 minit dan boleh dihidangkan.. **sedap dimkn bersama ulam-ulaman**