assalamualaikum..
pembuka tirai entri 2016....
Alhamdulillah.. bersiaran kembali setelah lama... bernafas di dalam lumpur?? hihi.. Puan blog agak sibuk dengan si kecik Muhammad Ariq.. Putera Puan Blog yang berusia hampir 4 bulan.. 11.3 ni sambut besday 4 bulan.. hihi...
Ini kek.. yang ke berapa ye... tak ingat,,, tapi saya publish yang ni dulu.... special oder from tokei kek kat Penang sempena anibeseri n skali ngn besday anak teruna nya... Tima kasih kakak sayamm oder kek ngn dinda... sogan bila tokei kek oder ngn kite yg x sberapa ni.. mintak halal yang terkurang terlebih ye kanda lina.. :)
Snowy Cheese Red Velvet Cake
By : ayunalisa.
Sifu : sis Lina Pg
untuk kek RV( boleh refer kt cni... my rvc )
BAHAN-BAHAN
4 biji telur A
250 gram mentega
*3 cawan tepung naik sendiri
*2 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright (ayu guna sebotol)
1 cawan buttermilk
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil cuka makan
NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan
CARA-CARA:
- Panaskan ketuhar.Lenserkan 3 biji loyang (ayu tabur sedikit tepung di dasar loyang)Ketepikan
- Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan
- Pukul mentega dan gula hingga kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji
- Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
- Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan.
- Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar hingga kek masak
- Lelehnya...
ayu sebenarnya..main campur aduk je ye... hihi.. tp ni resipi dari rahel..Untuk Cream:250g cream cheese120g susu pekat manis50ml UHT Whipping cream*Mix semua bahan di atas hingga sebati,adunan ini memang cairUntuk hiasan:1 buku (250g) cheddar cheese,diparutCara penyediaan:Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheesedi atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.Parutkan cheddar cheese di atas kek
