Search This Blog

mine! nuff

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

ikan bakar tempoyak

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
ikan bakar tempoyak ni idea asal dr CC skul ayunalisa..thanx ya kak ani..mmg mabeles rasenye.. ni yg kedua kali aku wt ikan ni..resipinya cukup mudah skali..

Ikan Bakar Tempoyak
by : ayunalisa.blogspot.com

Bahan2
ikan- ayu guna ikan kembung je..leh je gna ikan sg @ikan pape yg korang suka
tempoyak secukupnya
cili padi - nk pedas letak lebih..
sdikit garam
serbuk kunyit - optional..nk boh blh..xmo pn blh
daun pisang ke, daun kunyit ke, aluminium foil- ( tak nak bg semua bhn td terkeluar ms bako.. )

cara2
1. bersihkan ikan dan kelar ( kelar nk bg rasa tempoyak sekata nnt)
2. lumur ikan dengan sdikit garam n kunyit. (kalau tempoyak dh masin, xpyh letak garam
3. tumbuk tempoyak dan cili padi.. ( kalau guna kunyit hidup,leh tumbuk skali
4. lumur tempoyak n cili padi yg dah ditumbuk pada ikan..
5. tutup ikan dengan daun pisang @ daun kunyit @ aluminium foil-guna daun2 tambah lg aroma dia..
6. bakar ikan sehingga masak- jap je bako ikan ni..
7. siap.. selamat mencuba

Saturday, September 24, 2011

ikan patin masak tempoyak


assalamualaikum dan salam satu malaysia..hehe..puan blog ni rajin mgentri lk hari2 mggu cam gini.. ini resipi lunch semalam... nk post semalam..dh ade tayang menu bekpes.. ssebenarnya dh lama nak try wt sdri ikan patin masak tempoyak ni..tgk resipi ms tgh pantang kt damia..meluap2 rasa nk wt tu..hihi..so smlm br trcapai hasrat di hati..puas hati sgt2... jom tgk resipi..utk rujukan ku utk masa depan lk..

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
resipi asal : melurputih
oleh :ayunalisa..

Bahan-bahan ( 2 org mkn )

  • 1 ekor ikan patin (dipotong selebar 2 jari) ***nak guna ayam pun boleh***
  • 10 tangkai cili api (kalu nk pedas bley lebihkan cilinyer)- aku guna cili kering
  • 3 sudu besar tempoyak (kalu nk pekat tambah lg)
  • daun kesum dan bunga kantan
  • asam keping (bile perlu sahaja)
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara

  1. basuh ikan patin sehingga bersih dan rendam 5 minit dlm air asam jawa (nk buang hanyir ikan je)..
  2. cili api dimesin bersama kunyit hidup dan tempoyak..kemudian masukkan dlm periuk tambah kan 2 cawan air..masukkan ikan patin dan masak atas dapur ngan api yg sedang2 jer..
  3. bila sudah mendidih masukkan garam n perasa (cukup rasa)..bile sudah cukup masam tak perlu masukkan asam keping (sebab tempoyak dah cukup rs masamnyer)... **kalu tak rs masamnyer br letak asam keping**
  4. last sekali masukkan daun kesum dan bunga kantan..biar mendidih selama 5 minit dan boleh dihidangkan.. **sedap dimkn bersama ulam-ulaman**


Sunday, August 14, 2011

ikan siakap stim oyster

assalamualaikum n salam sejahtera...
salah satu menu berbuka semalam..nk boh n3 smlm..mata ngantuk sesgt...pg ni tayang 1 je la dlu..lama dh nk wt ikn stim ni..belek2 jenjalan kt blog kwn2..jmpe kt blog hasue n kak rosa..cam besh je..so..aku try la wt..ikn siakap stim oyster..nama sudah tukar..sori kak hasue..termnderhaka ckt..dh trcmpur2 respi,,pndai2 tmbh sdri..rupenye xde lam respi tu..hehe..tp still maintain best sgt..mtk copy n paste ye kak sue..n thanx kak rosa..promote recipe ni kt ayu..

ini respi nya..utk rujukan
ikan siakap stim oyster
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
jeling gk kt blog ni :kak rosaliza
Bahan2:-tidak terhad,boleh tambah/kurangkan ikut selera

1 ekor ikan terubok(lebih kurang 1kg)aku guna ikan siakap
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai cili merah*-boleh tambah cili padi kalau nak pedas
1inch halia*
2 batang serai(hiris dulu)*-boleh tambah kalau suka
3 sudu besar sos tiram-bancuh dgn 3 sudu bsr air
Garam(jika perlu) dan lada sulah secukup rasa
3 sudu air limau nipis - yg ni la aku pndai2 tmbah sdrik..hehe
->Bahan2 bertanda * ditumbuk/dikisar halus

Cara2:

Panaskan pengukus
Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
Lumurkan dengan garam,sos tiram dan bahan2 hiris masukkan juga ke bahagian ikan yang sudah dibelah tadi. Tambahkan lada sulah.
Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!






Friday, April 8, 2011

ikan goreng berempah

salam sejahtera.... sbnrnya dh lama wt yg ni..tp xsmpt nkk upload gambar n tenet pn slow sgt2..aku simpan je la dlu wt pekasam..hehe..sempoi je masak2 nye..ni resepinya..aku cnp dr myr n blog haSue

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 4 ekor ikan - apa2 ikan yang sesuai dgoreng
  • 5cm kunyit hidup
  • 6 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • sebatang serai - *optional
  • garam

Cara-cara

  1. Siang ikan cuci bersih. kelar bahagian badan tak putus.
  2. Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai dan jug a garam hingga agak2 lumat.
  3. Gaulkan ngan ikan tadi. perap lebih kurang seja m atau lebih.
  4. Goreng dengan minyak yang panas hingga garing tapi jgn smpi geseng@hangus!. angkat. lebihan rempah2 td jgn buang. toskan dan taburkan ke atas ikan.
  5. Sedap makan ngan nasi putih panas.
  6. SeLaMaT MenCubE!
  7. sebenarnya segan nk tayang ikan ku ini..tp xpela,,kta pakat gelak ramai2 la..hehe

Friday, March 18, 2011

ikan arapaima

salam..petang td p kt tapak projek ikan keli..sj nk kongsi ckt..ade ikan arapaima..gambo blur2 ckt..sb gelap la dlm kolam dia..hehe..aku x edit pn gmbar ni..

nmpk x ikn ni..ade 2 ekor..mayb jantan n betina kot.

yg ni clear ckt kot...korang nmpak x?

ade ckt info psl ikan ni...

arapaima, pirarucu, atau paiche (Arapaima gigas) adalah jenis ikan air tawar terbesar di dunia yang berasal dari perairan daerah tropis Amerika Selatan. Ikan Arapaima dapat tumbuh maksima sepanjang 3 meter dan berat 200 kilogram..

Syarat Hidup

pH: 6.7 (5.8 -7.2)

GH: 8 (2 -12) (skala Jerman)

Temperatur: 24 - 30 °C

Panjang Maksimum: 450 cm

Pakan: pakan hidup

Reproduksi: egg layer - mouthbrooder

Cahaya: terang tanpa sinar matahari

Temperamen: tidak direkomendasikan untuk pemula

Zone Renang: atas

Set up Akuarium: akuarium dengan bebatuan, tanaman dan kayu-kayuan.

Arapaima memilki "lidah" sepanjang lebih kurang 15 cm pada saat dewasa dan bertulang, permukaannya kasar dan sering digunakan oleh penduduk setempat sabagai "amplas" atau kikir untuk menghaluskan permukaan kayu.

Pada saat air di lingkungan ikan ini menyusut, dan kadar oksigen menurun, arapaima akan menghirup udara langsung dari atomosfera. Dan apabila air dilingkungannya kering, ia akan menggulungkan diri membentuk bola, dan membenamkan diri dalam lubang sampai air kembali datang.