Search This Blog

mine! nuff

Friday, July 20, 2012

laksa sarawak

assalam...tayangan makanan sebelum berpuasa..agak lama puan blog menyepikan diri..kebizian..dan kerajinan yang agak kurang..wah..dah seminggu air takde kat bumi goa ni..aduyai..sabor je lah.. di kesempatan ini..ayu ingin mengucapkan selamat berpuasa..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati olehNya..
ekceli dh agak lama wt lksa sarawak ni..thanx to kak rosa bg pes haji manan ni.. n thanx to her maya's fren.. ayu pn ade beli pes haji  manan ni.. atas prmintaan famili hubby yg mengetest laksa sarawak, ari tu..ade permintaan untuk wat raya.. thanx to my my fren.. tlg belikn pes ni..n sambil2 tu ayu promot kt org lain kesedapan lksa sarawak guna pes haji manan ni.. gambo pes xdan nk upload lh..nnt ade masa ayu upload ye.. sume suka makan laksa sarawak ni..memmmey best.. damia pun makan..banyak lak tu..thanx to kak hasue ye...respi besh..n tolong pomot pes ni..mudah je cara nak wat..kawan2 ayu pun dah try wt..sedappp... jom kita tengok resipi nya...

Laksa Sarawak
by: ayunalisa.blogspot.com
source: kak hasue n kak rosa


Bahan2 laksa(tidak terhad):
  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
  • Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)
  • Tauhu goreng-tak letak gak..lupe nak beli. :)
  • Telur dadar
  • Tauge(celur seketika)
  • Cendawan hitam(celur)- tak letak..xde stok
  • 300g udang(celur)
  • Telur rebus
  • Sambal belacan dan limau kasturi
Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:
  • 200g pes laksa sarawak hj manan
  • 2 liter air
  • 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)- ayu pun guna santan kotak..mudah sikit nak sukat2..
  • Garam n gula/perasa secukupnya
Cara menyediakan kuah laksa:
  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa 
  3. Cara Menghidang laksa sarawak: Sediakan mangkuk,masukkan bihun,dan bahan2 laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati..

tak sempat nak kasi posing lawa sikit..amek dari pinggan laling je ni.. ayu tak dan nak hias2..skali tengok..dh nak abis dah..hihi..tp memang mabeles la..

edited.. pes laksa sarawak..
 

Wednesday, July 4, 2012

ww::jalan2 ke ch.. family gathering

assalamualaikum..dah lama tak bersiaran.. dah ramai yang post pasal ni..entri basi dah ni..biar gambar berbicara lah...


dak tecik ni nangis..tkt ke xsuke sb bla dia jalan dlm ldg teh ni..dia tak nampak ape2..nampak ijauuuu je..

2 beradik setia menunggu abah...





first time kakak singgah sini.. inilah aqil.. 'abe' yg mula2 skali close ngn alisha...



kat sini..family lain tak brenti amek picas...





orkid merpati turqoise kah ini..hihi





Saturday, June 9, 2012

happy birthday to my beloved hubby n strawberry cheese cake

assalamualaikum..salam siaan
sekejap timbul..sekejap tenggelam puan blog ni...
hari ni 9 jun... selamat hari lahir buat suami ku yg tercinta.. semoga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa dirahmati dan dilindungiNYA, sentiasa bahagia bersama anak2 dan isterimu ini.. we luv u sooooooooooooooooooooo much...
balik kampung last week..celebrate besday laling ngn adik bongsunya.. ayu wat strawberi cheese cake recipe from kak hasue... apam dot2 istmewa utk anak2 ku..suka sgt ngn apam dot2 ni..dan wat laksa sarawak.. thanx to kak rosa 4 da pes and also to her maya's frenn.. thanx ya sis :)

strawberry cheese cake - ayunalisa
by: ayunalisa
source : hasue

Bahan-bahan:
• 125g cream cheese | 175g cream cheese - kek srawberi ni ayu ltk 200 g cream cheese.. abiskan stok
• 200 ml susu segar | 400ml susu segar/perisa strawberi/perisa coklat
• 70 g mentega atau marjerin | 90g mentega/ marjerin
• 70 g tepung gandum | 90g tepung gandum
• 70 gram gula halus | 90g gula halus
• 2 biji telur saiz A | 4 biji telur A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar/( susu strawberi/coklat) ke dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.


sedapp sgt.. bukan angkat bakul sendiri ye..yapi mmg sedap..menjadi resipi kak hasue..


topping ngan coklat..request from laling...


apam dot2..favorite alisha dan damia....



Monday, May 28, 2012

light blueberry cheese cake

assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama benar dah puan blog menyepikan diri dalam arena mengapdet blog ni..
aish.. ari2 tengok blog.. tapi tahap kerajinan belum datang menjengah... kalau ikut bahan.. mmmeeemmmang baaaaannnyaaakkk.. nk royak byk benar lah ni.. hehe.. tambah lak ngan gambar2 lambat dapat nak transfer.. yang dah transfer.. tak rasa nk menonjolkan lagi entri 2.. okies.. panjang la membebel bila dah lama tak menulis ni.. gian agaknya.. ops..rinduuu nak updet...

entri ni...light blueberry cheese cake..kalau ikutkan.. ini adalah kali ketiga puan blog buat ciskek.. first try..rasa dah sodap.. tapi sebab meringue tak menjadi ( guna blender time tu.. masak jadinya putih telur) macam ala2 bantat n mampat je kek.. haha.. yang second and third dah jadi.. dah beli mixer dah.. hihi.. thanx a lot to sis hasue.. jadi lah guna respi akak.. tq2 sis.. resipi ni ayu gabung light ciskek and blueberry ciskek.. derhakakan cikit respi.. jom tengok resipi dulu..

light blueberry cheese cake
by : ayunalisa
source : hasue...

Mula2..sediakan semua bahan2 yang diperlukan..

Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon
% filling blueberry secukupnya- ini ayu tambah
% almond nibs - ini pun ayu tambah gak..

Cara2:
  1. Panaskan oven pada suhu 160c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  2. Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
  4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
  5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
  6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
  8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
  9. Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
  10. Setelah itu cedukkan lagi 2 senduk dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
  11. taburkan almond nibs...- optional- ayu letak..
  12. Bakar pada suhu 160c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 40-50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
 okies.. nak tengok step by step.. leh jenguk kat blog hasue...
kalau nak tengok resipi yang hasue guna utk blueberry ciskek ni.. klik sini ye...


inilah hasilnya.. slice je posing.... nak tengok blueberry kat dalam ciskek..

ini belum bakar lagi...
inilah hasilnya.. my blueberry ciskek.. sudaaa tukar nama lol.. :)

dah transfer? dah letak dalam pinggan.. sejukkan dulu ye sebelum wat kuar kek ini..


pandangan sisi?
inilah rupenya cream cheese itu.. siap ade harga dan tempat beli lagi.. hik3


Saturday, April 21, 2012

pulut durian bonda's made.. :)



assalamualaikum...salam sabtu..
wordless saturday..ahaks.. lunch ngan pulut durian.... yummyyy..


Sunday, April 15, 2012

menikmati angin malam di putrajaya

assalamualaikum dan salam sejahtera.
versi rajin sikit update blog.. aik tetiba je rajin..hihi.. okey..okey.. ini hasil percutian kami ke kolumpo... alisha 2nd time sampai ke kl.. dalam perut mmg dah d kl.. ms htr makcik dia ari tu.. dan damia for the first time sampai KL ni.. spnjang prjalanan.. 3 jam pertama..titon je 2 bradik ni.. sampai bentong..baru lah bangun.. sronok sangat 2 orang ni dapat tengok lampu..almaklum lah.. KL kn bandaraya bercahaya.. damia memang excited sangat dapat tengok lampu yang kalerful..
kami ke putrajaya dengan keta hubby kak rosa... thanx ya bro n sis.. semua dah ngantuk dah..dan damia pun sempat terlelap dah... gerak ke sana dah kol 10 lebih dh pun..hik3..
setibanya kami di sana.. aiks.. semua segar semula..damia tak ngamuk pon.. dapat sekali terlelap kot.. okies.. jom layan picas ni.. walau tak seberapa.. nak abadikan juga untuk kenangan... pakai baju titon dah anak2 ku ni... balik dalam kol12.. sempat lagi singgah minum dan makan2.. thanx ya abe ngah n kak rosa... malam yang indah.. mungkin laik kali lak kami ke i-city..tak sempat dah..hihi

kakak tengah tengok lampuuuu ke?

alisha dan kak adda tgh bincang ape ni..

peaceeee \(' -')/

tengoklah mata damia.. dah luas dah..cantik kan view belakang tu.. ape dah nama tu..lupe lak..


berlatar belakang kan masjid putrajaya... kakak dah aim...get ready to run!!

bangunan yang nampak lampu warna kuning tu.. lampu2 dia bertukar2 wana...




semua dah tak sabar nak lari.....





dekat dengan bangunan tadi..sekarang kaler biru lak cahaya lampu nya...