Search This Blog

mine! nuff

Wednesday, March 9, 2016

MIRACLE REFRESHING SCENT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
hari ini post bukan makanan.. untuk barang baekkk punya... kalau tak baik..saya sendiri takkan beli..dan takkan guna.. dan disebabkan keajaiban miracle refreshing scent ni ( MRS ) saya sendiri telah menjadi agen Tanah Merah.. Kalau dulu.. saya agen Gua Musang dan Tanah Merah.. Disebabkan saya dah dapat tukar.. so boleh la orang-orang dari Tanah Merah dapatkan daripada saya.. Kalau yang berada jauh dari kawasan saya.. saya juga boleh poskan untuk anda semua walau di mana berada.saya boleh cover area Rantau Panjang..boleh nak COD MRS ni.... MRS ni dah sampai ke Republic Chezch..

Jom kita tengok....

mrs.. satu penyelesaian untu pelbagai masalah..


Miracle Refreshing Scent diformulasikan daripada minyak kelapa dara dengan menggunakan teknologi nano yang membolehkan khasiat minyak kelapa dara mudah meresap ke dalam kulit anda. Ianya merupakan solusi ke arah kesegaran segera di samping aromanya yang wangi dan mempunyai pelbagai khasiat dan fungsi untuk kegunaan seisi keluarga. Baunya yang membuatkan anda berasa tenang. Kini anda tidak lagi perlu berasa segan sekiranya ingin memakai minyak berubat di khalayak ramai kerana baunya yang wangi semerbak akan membuatkan ramai menyangka anda memakai minyak wangi

Ada 2 jenis bauan.. Sweet dan Elegent
MRS in new look

fungsi bahan-bahan yang terdapat dalam MRS

Antara KEBAIKAN MRS..





Antara Testimoni daripada pengguna :






berapa harganya ???




snowy cheese red velvet cake( rvc leleh)


assalamualaikum..
pembuka tirai entri 2016....

Alhamdulillah.. bersiaran kembali setelah lama... bernafas di dalam lumpur?? hihi.. Puan blog agak sibuk dengan si kecik Muhammad Ariq.. Putera Puan Blog yang berusia hampir 4 bulan.. 11.3 ni sambut besday 4 bulan.. hihi...
Ini kek.. yang ke berapa ye... tak ingat,,, tapi saya publish yang ni dulu.... special oder from tokei kek kat Penang sempena anibeseri n skali ngn besday anak teruna nya... Tima kasih kakak sayamm oder kek ngn dinda... sogan bila tokei kek oder ngn kite yg x sberapa ni.. mintak halal yang terkurang terlebih ye kanda lina.. :)



Snowy Cheese Red Velvet Cake

By : ayunalisa.
Sifu : sis Lina Pg

untuk kek RV( boleh refer kt cni... my rvc )

BAHAN-BAHAN

4 biji telur A

250 gram mentega 

*3 cawan tepung naik sendiri

*2 sudu makan koko powder

2 cawan gula kastor 

4 sudu makan pewarna Red Bright (ayu guna sebotol)

cawan buttermilk 

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil  cuka makan



NOTA:

Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan





CARA-CARA:

  1.  Panaskan ketuhar.Lenserkan 3 biji loyang (ayu tabur sedikit tepung di dasar loyang)Ketepikan
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
  6.  Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
  7. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar hingga kek masak

  1. Lelehnya...
    ayu sebenarnya..main campur aduk je ye... hihi.. tp ni resipi dari rahel..
    Untuk Cream:
    250g cream cheese
    120g susu pekat manis
    50ml UHT Whipping cream
    *Mix semua bahan di atas hingga sebati,adunan ini memang cair
     
    Untuk hiasan:
    1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
     
    Cara penyediaan:
    Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
    di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
    Parutkan cheddar cheese di atas kek


Sunday, November 15, 2015

hampir setahun menyepi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Ya Allah..baru perasan..last update blog nov 2014..dah hampir setahun..dan setahun yang lepas...musim banjir besar melanda bumi kelantan..yang saya juga turut merasainya... syukur..masa tu saya dan anak2 bersama dengan suami..bercuti dengan suami..kalau tak..kami mesti akan risau sebab terputus hubungan... untuk kontek mak kat kampung..kami kontek kakak yang kat KL untuk mengetahui isu semasa..nak balik kampung..jalan dah boleh lalu ke dan semua perkembangan tentang banjir... alhamdulillah..semuanya pengalaman dan pengajaran buat semua...
Panjang lebar bercerita kali ni... entri masak memasak..memang ade..tapi kita cerita kisah-kisah sepanjang tahun.. yang pahit..manis..suka..duka..
Tahun 2015 membawa pelbagai ceritera gembira..alhamdulillah... sebelum gembira..biasalah..pasti ada dugaan nya...
Kami satu famili ni..pJJ...suami nunn d gua musang..kamk ninnn di sini tanah merah..tahun 2015..masuk tahun kedua berjauhan.. hujung minggu adalah masa berkualiti kami sekeluarga..hujung minggu masa kami berkumpul..melepas rindu satu famili..
Rezeki tahun ni..saya pregnant..alhamdulillah... awal2 pregnant..xde masalah.. bla satu hati tu saya demam teruk..hampir seminggu tak kerja dan memang tak larat sangat..suami ambil cuti untuk menjaga saya dan anak2..alhamdulillah.. semakin baik...
Kita pendekkan cerita... alhamdulillah..berita gembira lagi... suami call dan sampaikan berita gembira yang dah lama kami tunggu... saya terima berita dengan penuh kesyukuran dan linangan air mata kesyukuran... Suami saya dapat tukar.. dapat tukar bermaksud kami dapat bersama2 satu keluarga seperti dahulu.. walaupun di daerah lain..tetapi jaraknya takde la jauh... alahmdulillah..syukur sangat2.. perancangan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya..syukur..segala doa..kesabaran..dan tawakkal..Allah kabulkan doa kami di bulan penuh keberkatan..bulan Ramadhan.. hari raya kami penuh makna tahun ni..alhamdulillah... di saat saya yang sedang pregnant..suami ade di sisi...
Dah panjang cerita..saya pendekkan lagi cerita yang terbaru.. alhamdulillah...pada 11.11.15 jam 4.02am saya selamat melahirkan anak lelaki..3.4kg... anak ketiga selepas 2 orang puteri.. Alhamdulillah..Allah makbulkan doa kami... dapat putera kali ni... sampai hari ni..belum decide nama lagi..
Sekian sahaja...cerita panjang kali ni..pembuka 2015... 2015 pun dah nak berakhir...hihi...
Alhamdulillah di atas segala yang Allah berikan kepada kami...

Thursday, December 25, 2014

ikan talapia masak lemak cili padi versi ayunalisa

Assalamualaikum dan salam siaran..

sebelum saya bertukar.. my laling pernah cakap ada satu kedai ni.memang sedap sangat ikan tilapia..orang memang selalu penuh...kena menunggu lama..tapi orang tetap ramai.. aiii..dalam hati..kena pergi jugak ni,,tapi.. saya dah tukar,,,masih belum berkesempatan ke kedai tersebut.setiap kali nak ke sana..kedai tutup..takde rezeki..
Tapi.. lepas dah dapat tukar.. masa cuti..kami anak beranak datangke tempat suami ni.. mungkin rezeki kami kali ni..dapat la merasa ikan tilapia ni.. oohooo..memang ramai orang..dan memang lama menunggu..sejam juga menunggu.. so, nak tau la kan..kesedapan ikan ni..walaupun lama menunggu..orang tak berganjak..fuuuh..memang sedappp... anak2 pun makan banyak..Setiap kali kami datang ke Gua Musang ni... pasti anakku Damia akan minta abahnya ke sini... "Abah, Mia nak makan ikan kat kolam"..
panjangggg alkisah nya...
dalam bulan puasa hari tu.. my laling minta saya buatkan ikan talapia macam yang saya makan kat kedai tu...  saya ingatkan semula segala rasa yang ada dalam ikan tu.. so..terhasillah... sebenarnya..tak tau nak bagi nama ape masakan ni.. saya pun main campak-campak je semua bahan... hubby cakap..sodappp..rasa dah sama dengan yang kedai tu.. dan kebetulan hari tu masak untuk my father in law.. abah tak pernah makan ikan tilapia dengan cara masak gini.. kata abah.. sedappp.. dan bila tengok ikan tilapia.. abah akan sebut.. "sedap ikan yang kak yu masak hari tu..abah makan habisss".. alhamdulillah..

ini gambar yang buat kali kedua..daun kesom tak banyak.cili pun dikurangkan


IKAN TILAPIA MASAK LEMAK CILIPADI VERSI AYUNALISA
by ; ayunalisa
credit to..restoren selera tepi kolam, gua musang (promot..promot.. )

Bahan-bahan
2 ekor ikan talapia ( saya potong dua ) bersihkan dan rendam dgn air asam jawa

bahan tumbuk
seinci kunyit hidup ( saya tengok warna kuah tu..dah cantik kuningnya..ok..tak kuning..boleh tambah
3 ulas bawang merah
7 biji cili padi ( nak pedas atau tak boleh tambah /kurangkan )

2- 3 batang serai dititik
daun kesom
asam keping
BAHAN-BAHAN: 5 ekor ikan talapia merah 4-5 cawan santan 1 batang serai saiz besar - dititk 1-2 keping asam keping BAHAN DITUMBUK LUMAT : 10 biji cili api 3cm kunyit hidup garam secukup rasa CARA MEMASAK : Satukan santan dengan semua bahan tumbuk , asam keping serta serai ke dalam periuk dan masak sampai kuah mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak . Kalau tak cukup kuah boleh ditambah santan lagi. Kemudian masukkan ikan talapia yang sudah dibersihkan dan dipotong 2 , masukkan garam secukup rasa dan biarkan kuah mendidih . Bila ikan sudah bertukar warna dan masak boleh la ditutup api dapur.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
santan ( saya beli santan satu plastik kecil..rm 2.30 )
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA
* Satukan santan dengan semua bahan tumbuk tadi bersama dengan serai dan daun kesom. Masak sehingga kuah mendidih. Jangan lupa masukkan asam keping.Kacau kuah santan supaya tidak pecah minyak.

* Lepas tu, masukkan ikan tilapia.. garam dan gula secukup rasa.. dan biarkan mendidih.. bila ikan dah bertukar warna dan masak..bolehla ditutup api..

* Hidang dan makan..

ini yang kedai tu punya


ini suasana restoren tepi kolam

BAHAN-BAHAN: 5 ekor ikan talapia merah 4-5 cawan santan 1 batang serai saiz besar - dititk 1-2 keping asam keping BAHAN DITUMBUK LUMAT : 10 biji cili api 3cm kunyit hidup garam secukup rasa CARA MEMASAK : Satukan santan dengan semua bahan tumbuk , asam keping serta serai ke dalam periuk dan masak sampai kuah mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak . Kalau tak cukup kuah boleh ditambah santan lagi. Kemudian masukkan ikan talapia yang sudah dibersihkan dan dipotong 2 , masukkan garam secukup rasa dan biarkan kuah mendidih . Bila ikan sudah bertukar warna dan masak boleh la ditutup api dapur.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
BAHAN-BAHAN: 5 ekor ikan talapia merah 4-5 cawan santan 1 batang serai saiz besar - dititk 1-2 keping asam keping BAHAN DITUMBUK LUMAT : 10 biji cili api 3cm kunyit hidup garam secukup rasa CARA MEMASAK : Satukan santan dengan semua bahan tumbuk , asam keping serta serai ke dalam periuk dan masak sampai kuah mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak . Kalau tak cukup kuah boleh ditambah santan lagi. Kemudian masukkan ikan talapia yang sudah dibersihkan dan dipotong 2 , masukkan garam secukup rasa dan biarkan kuah mendidih . Bila ikan sudah bertukar warna dan masak boleh la ditutup api dapur.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Wednesday, December 24, 2014

red velvet cake in a jar

Assalamualaikum dan salam siaran..
# throwback entry

jangan ada yang nak termunnn ye..banyak entri beratur msuk kali ni.. ada kesempatan..kita cari dan ambil peluang dan kesempatan tu... ini pun..order daripada pengantin... rvc in a jar... ini untuk dibawa ke terengganu.. untuk majlis bertandang.. kalau orang kelantan ni dipanggil majlis menyambut menantu.. disebabkan perjalanan yang jauh.. pengantin dan kakak iparnya ( my sil ) membuat tempahan untuk kek dalam bekas.. jadi takde masalah kek nak hancur ke ape la kann..hihi..  saya buat lebih sikit.. untuk bagi kat tuan rumah.. kata my sis.. belum sampai ke terengganu..dah berapa botol dah dimakan... katanya..sodapppp.. alhamdulillah..thanx ya sis...
resipi sama je yang saya guna.. gambau pun ade satu je..hihi..anyway thanx to my beloved hubby..tolong laling ye.. orang di sebalik tabir...


Tuesday, December 23, 2014

Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes


  Assalamualaikum dan salam sejahtera..

#throwback story.. kalau buat essay in English. kena guna past tense la ni..hihi..
Salah satu order dari pengantin.. cuppies.. ooo hoooo... saya sebenarnya memang jaranggg sangat nak buat cup cake..untuk customer.. saya mencari resipi yang terbaik..yang saya rasa memang sedap dan perlu la mengetest dulu kan.. bila dah test.. memang sedappp sangat kek ni.. moist..tidak muak..dan sodap...macam-macam kejadian la berlaku bila nak buat orang punye kan... satu adunan saya rasa tak puas hati hasil kejadiannya..saya buat yang lain.. yang saya tak puas hati tu..rupenya habiss jugak.. dan lepas dari buat kek ni untuk pengantin..alhamdulillah..banyak permintaan untuk kek ni... 
 
ini eksperimen vanilla cuppies.. my lil girl.. rasanya 3 biji cuppies sekali makan... saya variasikan dengan menambahkan filling dalam cuppies ni

kita semak resipi dulu..

Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes
by : ayunalisa
source: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3/4 cawan  butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla (boleh lebihkan)
1 1/4 cawan susu (saya guna buttermilk) 
2 1/2 sk baking powder
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. 
Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.
Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting..yang kali ni saya guna buttercream.. dan ada yang saya guna cream cheese frosting.. dan makan tanpa ade frosting pun dah sodappp....
sebelum didekorasikan.. ( wah..BM ku)

simple decoration. saya guna buttercream..

Monday, December 22, 2014

kek buah kukus

assalamualaikum dan salam siaran..
ini versi baru...
kek buah kukus... saya tak berapa suka makan kek buah ni.. biasanya beli kat kedai..tak berapa sodap.. alkisahnya..kak lina laaa.. dia dok buat..dok tayang... tapi belum lagi nak menerai la kan.. so..hari tu tergerak hati nak try buat.. ooo..gigih mengukus 4 jam... memang sodappp la.. anak2 suka..bonda pun makan...
dah banyak kali buat.. tapi belum masuk entri lagi.. so kali ni..saya masuk entri untuk rujukan saya lain kali...
thanx ya sis lina...

kek buah mini


RESEPI KEK BUAH KUKUS
by : ayunalisa
  rujukan: linapg
Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
  • Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran .Kacau kemudian sejukkan.
  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  • Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  • Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  • Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  • Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

semakin lamaaaa...semakin moist... sedapppp