Search This Blog

Loading...

mine! nuff

Sunday, December 8, 2013

russian black and white chocolate cake

assalamualaikum dan salam siaran..
bersiaran ketika ade siaran je.. tuan blog ni rajin yang amat..
kali ni saya nak siarkan kek.. russian black and white chocolate cake..
iklan dari sis malina.. bila sis lina wat iklan.. sambil2 nak goda saya wat kek la tuuu..hik3..
at last..menjadi gak kek ni.. xbape nak comell je.. cantekk je..tp rasanya yang sodapp...lazat... hihi..
terima kasih buat assistant saya yang tak pernah jemu2 membantu...kakak alisha dan adik damia.. rajin nya anak mama ni.... dan pastinya wat sis lina yang selalu bagi semangat berkobar2 dan guide untuk menghasilkan kek n segala mok nenek.. hihi..tq sifuu...

aura ch masih ade... stoberi coklat in russian black and white cholate cake...

ini baru betoi black and white kan... nampak kaler black and white nya.. :) 


RESEPI RUSSIAN BLACK and WHITE CHOCOLATE CAKE
by : ayunalisa
source : LiNa Pg
rujuk gk d : Hana (Nak tengok cara melapis refer blog hana yea)

Bahan-bahan
170g tepung superfine*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400g)
100g serbuk koko
200g minyak jagung @ minyak masak
250g susu pekat
250g gula halus
5 biji telur - blend 5 minit

Cara-cara
- Ayak bahan yang bertanda *.
- Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
- Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (guna hand whisk)
- Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit (hingga masak)
- Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
200ml whipping cream (dairy)
500g coklat masakan (ade secotet je..lebihkan serbuk koko)
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos - ayu tak letak
2 sudu besar butter

Cara-cara
Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

 RESEPI CREAM CHEESE
500g creamcheese
1 cawan butter lembut
1 cawan gula aising
1 peket cofffee 3 in 1 -tak letak
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
kalau tak faham...leh rujuk blog hana.. saya lupa nak snap picas step dia..

- Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.
- Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. 

- Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  
- Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. 

- Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
- Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras,    panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
- Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

2 comments:

LiNa_Pg said...

Cntik sangat dah kejadian kek itam putih ni...
Sedap kan kek ni?
Boleh amek tempahan dah ni kih3..(kalau yg bercitarasa tggi tak kesah pasal harga)

ayunalisa said...

hihi..kecomotan berlaku..tak cukup bahan.. tapi rasanya memang mabeles.. dh ade feedback dr semua yg makan.. kek ni sodap...