Search This Blog

mine! nuff

Wednesday, March 9, 2016

snowy cheese red velvet cake( rvc leleh)


assalamualaikum..
pembuka tirai entri 2016....

Alhamdulillah.. bersiaran kembali setelah lama... bernafas di dalam lumpur?? hihi.. Puan blog agak sibuk dengan si kecik Muhammad Ariq.. Putera Puan Blog yang berusia hampir 4 bulan.. 11.3 ni sambut besday 4 bulan.. hihi...
Ini kek.. yang ke berapa ye... tak ingat,,, tapi saya publish yang ni dulu.... special oder from tokei kek kat Penang sempena anibeseri n skali ngn besday anak teruna nya... Tima kasih kakak sayamm oder kek ngn dinda... sogan bila tokei kek oder ngn kite yg x sberapa ni.. mintak halal yang terkurang terlebih ye kanda lina.. :)



Snowy Cheese Red Velvet Cake

By : ayunalisa.
Sifu : sis Lina Pg

untuk kek RV( boleh refer kt cni... my rvc )

BAHAN-BAHAN

4 biji telur A

250 gram mentega 

*3 cawan tepung naik sendiri

*2 sudu makan koko powder

2 cawan gula kastor 

4 sudu makan pewarna Red Bright (ayu guna sebotol)

cawan buttermilk 

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil  cuka makan



NOTA:

Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan





CARA-CARA:

  1.  Panaskan ketuhar.Lenserkan 3 biji loyang (ayu tabur sedikit tepung di dasar loyang)Ketepikan
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
  6.  Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
  7. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar hingga kek masak

  1. Lelehnya...
    ayu sebenarnya..main campur aduk je ye... hihi.. tp ni resipi dari rahel..
    Untuk Cream:
    250g cream cheese
    120g susu pekat manis
    50ml UHT Whipping cream
    *Mix semua bahan di atas hingga sebati,adunan ini memang cair
     
    Untuk hiasan:
    1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
     
    Cara penyediaan:
    Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
    di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
    Parutkan cheddar cheese di atas kek


2 comments:

LiNa_Pg said...

Lupa nk post kek ni kt fb..adeh basi doh la hahaa

ayunalisa said...

hik3.. ala2 kek besday k.na la pulokss