Search This Blog

mine! nuff

Friday, May 10, 2013

PUDING TRIFLE

Assalam dan salam sejahtera..
wahh..pagi2 buta ni..terajin updet blog.. lamaaaaa sangat dah dok bersawang ni..gambo2 dalam handset..tu yg melambatkan proses updet entri..
okies.. puding ni..dolu2 dah pernah buat..tapi tak pernah masukkan dalam blog..tetiba timbul balik puding ni..aish..kena wat lak ni..sekaligus mempraktikkan dan bagi tester kat famili kat kampung.. lulus ke idak untuk bawak ke majlis penting.. alhamdulillah..dapat sambutan baik.. so..ini salah satu tugas yang akan dipikul nanti.. okeh.. jom layann..seketoi je gambau nya..hik3..



RESEPI PUDING TRIFLE 
by : ayunalisa
 source: Lina pg
BAHAN A (Lapisan Kek)
  • Swiss roll secukupnya
  • Air dari jus koktel
CARA-CARA:
  1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
  2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan
BAHAN B (KASTAD)
  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.
BAHAN C (Kristal Jelly)- ayu guna perasa rasberi
CARA
  1. Sekiranya menggunaka Kristal Jelly, cuma ikut arahan pada belakang kotak.
    Saya gunakan Kristal Jelly brand Nona.Campurkan dengan 400ml air.Dan masak atas dapur hingga hancur.
  2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat .Sejukkan sebentar.Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.

feather lite cheese cake with almond nibs

assalam dan salam sejahtera..
asyik bersawang je blog ni kan.. puan blog asyik bizi dan penyakit kurang rajin nak updet la ni..entri ade berderet.. berderet la sangat kan? kita truskan je la ye..
kali ni wat feather lite cheese cake with almond nibs.. resipi asal dari evelyn gemina.. aish..btoi ke eja nama ni..tapi diubahsuai dan ditambahbaikan ngan almond nibs ni..hihi..memandai je kan.. dah kali kedua wat..memang sodapp..
jom layan respi dlu...




FEATHER LITE CHEESECAKE WITH ALMOND NIBS..
Ayunalisa..
source.. evelyn gemina. lina_pg

Bahan-bahan
250ml susu segar/susu cair
20g butter
125g cream cheese - suhu bilik
60g tepung Hong Kong (tepung gandum/tepung kek pun ok)
3 biji kuning telur
1 tsp esen vanila
3 biji putih telur
1/8 tsp cream of tartar
80gm gula
1sk jus lemon
secubit garam
1sk coklat emulco

sedikit almond nibs.. -ayu tambah
 
Cara-cara
1. Panaskan oven suhu 175'C. Gris loyang 8in dan taburkan sedikit tepung

 
2. Panaskan susu dan juga butter ke dalam periuk. Masukkan cream cheese. Kacau sentiasa menggunakan whisk sehingga agak likat@pekat.Masukkan jus lemon.Ketepikan dan biarkan suam sebentar.Boleh juga dilakukan kaedah double boiler

 
3.Pukul kuning telur dan juga esen vanila sehingga berkrim. Masukkan tepung dan juga campuran cheese tadi. Kacau menggunakan whisk sebati. ketepikan.

 
4.Mangkuk lain, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga soft peak. (terbalikkan adunan tak jatuh)

 
5.Ambil 1/4 bahagian putih telur dan campurkan ke dalam adunan kuning telur dan creamcheese tadi. Gaul menggunakan spatula. 


6. Kemudian tuang ke dalam baki adunan putih telur secara perlahan2. Gaul sebati tp jangan sampai over mix.
 
7.Ambil secawan adunan dan campurkan dengan choc emulco.Tuang adunan plain ke dalam loyang. Kemudian marblekan dengan adunan koko.


8. Taburkan almond nibs
 
9.Bakar secara waterbath selama 50-60min. Sejukkan baru potong.