Search This Blog

mine! nuff

Tuesday, May 20, 2014

kek minyak

assalamualaikum... dan salam sejahtera..
macam ucapan untuk debat je.. malam ni bersiaran dalam gelap lagi... sambil menunggu encik hubby pulang... semoga selamat sampai sayangku... dari jauuhhh..drive malam2 ni untuk anak kesayangan nya..untuk tak nak bagi mata ni titon..mari lah kita hapdet blog dulu...
kek minyak.. lama dah buat.. tapi..biasa la tuan nya..tak ada masa nak expose kn.. hihi.. kek minyak ni tempahan.. asalnya untuk makan2 di hari kenduri.. tapi... dibuat salah satu hantaran atas "par' (dulang hantaran) dan jauuhh ke 'obersea'.. hehhehe...


kek minyak... petak-petak kecil ni jadi deco laa... :)






jom semak resipi...

KEK MINYAK

by : ayunalisa
source : lina_pg

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (ayu gn 1/2 cawan gula kastor)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (ayu gn 3/4cawan)
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (Ayu bakar suhu 160'C selama 50min api atas dan bawah)
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
** kek ni memang sodap..makan yang suam2 kek pn sodap... bonda pun suka makan kek ni,,

Monday, May 19, 2014

kek aiskrim

assalamualaikum dan salam siaran..
bersiaran dalam gelap ni... hanya ditemani cahaya dari screen monitor je... anak0-anak dah ketiduran..mama nya gigih kemaskini blog nan satu... kek aiskrimm.. hasil skodeng dan terrrrrliurrrr dek panahan dari kak lina.. aishhh..tu la..dok wat show macam-macam kek..my laling pun..terus cakap..nak kek macam ni jugak... hihi.. oh my laling... untuk sayangku.. sayangmu ini pun godek2 la... cari aiskrim... bahan utama.. ade rejeki.. hari tu ade saaaatuuu je aiskrim dalam bekas... vanila pn vanilaaa laaa.. bahan lain memang sentiasa ade.... thanx to kak lina... my laling..kids n adik2 iparku said... beshh.. alhamdulillah.. bila orang makan cakap sedap.. gembira la hatii.. semangat nak membaking tu.. makin membara.. :)

kek aiskrim... untuk yang tersayang dari yang tersayang :)


hasil post motem....






jom kita semak resipi....

KEK AISKRIM

by :ayunalisa
source : nora
source : rahel
sifu kuu : kak lina_pg

kek span/ kek coklat ke/ape2 kek yang anda nak buat..tp kek span lagi mudah la kan..

5 biji telur gred A
150g gula halus
150g tepung kek/ superfine
1 sudu teh baking powder (ayak dgn tepung)
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh vanila
80g susu segar/ air
80g minyak/ butter yang dicairkan
Perasa strawberry ( ini pilihan, Nora guna strawberry + pewarna pink)
1-Satukan tepung kek + gula +ovallete + vanilla +telur. Pukul hingga kembang, likat dan putih.
2-Masukkan susu/air. Pukul lagi.
3-Masukkan perasa strawberi dan pewarna makanan berwarna pink/merah.Pukul sampai rata.
4-Dengan menggunakan spactula/ senduk kayu, balik kaup minyak / butter kedalam adunan hingga   sebati.
5-guna dua acuan, satu acuan bulat berukuran 7" dan empat segi sama 10" x 10".
6-Tuang 2/3 adunan kedalam acuan bulat dan 1/3 ke dalam acuan empat segi sama.
7-Bakar 160 C selama 20 minit atau masak.
8-Angkat dan terlingkupkan di atas redai. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari peti sejuk.
Filling + hiasan:
Aiskrim ( ikut suka brand apa atau perasa apa. Nak warna cantik..kontra kan ngan warna kek.hihi)
1 cawan Whipping cream (non diary) dipukul kental.


1.Letakkan satu lapisan kek span coklat di dasar loyang,kemudian letak juga
   potongan kek yang panjang di tepi loyang,letak dengan kemas agar ais krim tak mudah meleleh
2.Setelah itu,ambil ais krim vanilla dan sudukan ke dalam bekas tadi.Buat kemas-kemas yea.
  Pastikan ais krim yang kita guna tu tak cair sangat agar
  kek ais krim kita nantinya tidak keras macam batu.
3. Bila semua ais krim sudah diisi penuh ke dalam bekas.Ambil satu lapisan kek lagi dan tutuplah
   adunan ais krim itu
 4  .Kek kita sudah hampir siap.Tutup kemas yea Kemudian simpan kek
   ais krim dalam peti sejuk bahagian beku selama 5 jam atau semalaman.
5 .Bila kek ais krim dah betul-betul beku.Keluarkan dari peti sejuk.
 

Sunday, May 18, 2014

kek keju leleh ayunalisa's style...

assalamualaikum dan salam sejahtera...
mukaddimah pendek je.. time rajin apdet ni..tak boleh nak panjang-panjang citer.. kita pendekkan...
kek ni..salah satu kek favorite my hubby... my kids.. n my mum.. rasanya ni dah kali ke-5 wat kek ni.. kita publish salah satu yang ade gambo je la dulu... most every weekends..my hubby request cake.. mmm..bila tengok kak lina tayang kek ape2.. mula la dia cakap.. nak kek.. haha.. kak lina niiii..... my laling...every weekends je la kami dapat sama2 dok satu family.. huhu..  PJJ.. semoga dipermudahkan urusan suami tersayang untuk bertukar duduk bersama2 ngn kami seperti dulu... readers semua.. doakan ye....
mmm.. kata pendek je mukaddimah.. rupenye..berjela gak.. kek ni..ayu upgrade cake yang dah sodap tu..menambahkan lagi sodapnya... kek keju leleh versi ayunalisa.. nama je keje leleh.. tapi ayu tak mo tabur2 ciss kt ats tu.. leleh2 pn.. ala-ala leleh je.. tapi..rasanya yg..fuuuhhh..meleleh ayaq liuq.... meh la kita tengok dulu gambo kek ni.. yg latest.. nanti akan menyusul yang "gambar basi"

the latest one....

 kek keju leleh ayunalisa's style..
by : ayunalisa
sifu ku ::kak lina_pg
source- rahel

resipi kek.. inilah kek span yang the best... kak lina..thanx.. leh tgk sini ye yang tuan umah punye..
tapi.. ape2 jenis kek pun boleh je..kek span biasa pun boleh je nak wat.. 
Bahan-bahan (Saiz 9inci )

  • 150g Tepung Super Fine
  • 1 st serbuk penaik
  • 150g gula kastor (LiNa Pg gn 120g)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovellete
  • 80ml air biasa
  • 80ml minyak/butter cair
  • 250g cream cheese
Cara-cara

  1. Cairkan cream cheese secara double boil.Sejukkan sebentar
  2. Tepung super fine dan serbuk penaik diayak terlebih dahulu.
  3. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.
  4. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  5. Perlahankan kelajuan dan masukkan air pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  6. Tuangkan minyak/ mentega cair dan juga cream cheese ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
  7. Sediakan tin pembakar bulat 9inci atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius (LiNa Pg bakar suhu 165'C)
  8. Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kecut.
  9. Kemudian bolehlah diterbalikkan semula kek, biarkan sejuk sebentar.Keluarkan kek dari loyang.Sejukkan di atas redai.
  10. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas
Lelehnya...
ayu sebenarnya..main campur aduk je ye... hihi.. tp ni resipi dari rahel..
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
 
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
 
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.

indulgence cheese chocolate moist cake's oder

assalamualaikum...
alhamdulillah..hari ini ade kerajinan untuk update blog yg dah bersawang ni... banyak entri yang dah basi la..tapi.. untuk kenangan.. dan untuk rujukan... jom la layannn...
tempahan dari puan pengetua sekolah hubby.. iccmc.. alhamdulillah..terima kasih ye puan...
semak resipi sikit.. n layan picas ni...


a simple deco.... tangan masih keras lagi... hihi

RESEPI INDULGENCE CHEESE CHOCOLATE MOIST CAKE
 rujukan: LiNa Pg

LAPISAN KEK
KEK COKLAT MOIST/KEK SPAN - potong kepada 3 lapisan
Kek Coklat Moist resepi simpanan Ayunalisa..
 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Kalau nk buat Kek Span versi ayu tengok kt  sini
Boleh guna mana resepi kek span kesukaan masing2.Kat Blog rujukan di atas juga ada rcp kek span/chiffon
LAPISAN CHEESE
Bahan-Bahan

  • 250 gm creamcheese
  • 120 gm gula castor
  • 150 gm uht whipping cream (ayu guna non diary-itu jer yg ada)
  • 1  tbsp gelatin
  • air panas secukupnye (~60ml ) 

Cara-Cara:


  1. Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
  2. Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan
  3. Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
  4. Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan
CHOCOLATE MOUSSE
  • 300  gm whipping cream 
  • 1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60  ml air panas )
  • 50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes ) ayu guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil 
  • 1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (ayu xletak)
Cara-Cara:
  1. Putar whipping hingge softpeak.
  2. Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan
CHOCOLATE GANACHE/TOPPING
  • 150ml whipping cream
  • 350g dark chocolate
  • 1 tbsp butter - cairkan
Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.

CARA MELAPIS KEK
  •  Paling bawah => Lapisan pertama - KEK
  •  Lapisan kedua    - Coklat Mousse
  •  Lapisan ketiga    - KEK
  •  Lapisan keempat - Cheese 
  • Lapisan kelima    - KEK
  •  Lapisan keenam  - Coklat Mousse                  
       Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
  • Sejukkan kek di dalam peti sejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
  • Tuang ganache ke seluruh kek.
  • Hias ikut kreativiti masing2