Search This Blog

mine! nuff

Tuesday, October 23, 2012

kek tiramisu

assalamualaikum..
menjengah ke alam blog ku ini malam.. dah lama nak try wat kek tiramisu ni..tapi..bahan tak cukup.. punya la susah nak cari whipe cream kat bumi goa ini.. ish3.. alhamdulillah.. my fren tolong belikan whipkrim kat kb.. thanx ya..sonot sangat..lama dah 'mengidam' nak buat kek tiramisu sendiri.. so.. on my lovely dotter's birthday.. ayu godek2 lah wat tiramisu ni.. dah 2x wat kek ni.. and akan wat lagi pasni.. dah ade bahan2 ni..jom kita tengok resipinya..

KEK TIRAMISU AYUNALISA
by : ayunalisa
source : umi e

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe ( ayu guna mocha emulco)
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya... 
ini lak kalau sape2 nak try wat kek span sendiri.. respi yg simple..
 KEK SPAN

Bahan-bahan

  • 50g tepung jagung
  • 50g tepung gandum
  • 50g tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 150g gula kastor
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Ayak tepung bersama garam sebanyak 3 kali untuk pengudaraan.
  2. Panaskan oven pada suhu 180 degree.
  3. Pukul telur, gula dan esen vanilla didalam bekas pada kelajuan tinggi selama 6 minit atau sehingga adunan kembang dan putih/pucat.
  4. Ayak sedikit demi sedikit tepung ke dalam adunan telur serentak digaul dengan dengan spatula sehinga sebati.
  5. Bakar selama 20-25 minit. 
happy birthday alisha sayang



2 comments:

EmbunRosaliza said...

sedapnya tiramisu, cantik makin pandai ayu deko

ayunalisa said...

hihi..kalau akk blk..leh try tiramisu.. bila nk balik ye kak.. ayu leh cari bahan nnt wt utk akk.
deko2 ltk bnda yg ade blh la.. nk tulis2 xreti lg..hihi..