Search This Blog

mine! nuff

Monday, December 9, 2013

cameron lavender, tringkap, cameron highland

assalamualaikum dan salam sejahtera...
tuan blog excited.. nak share percutian.. cameron highland ni dah berkali2 kami 1 famili pergi.. menjadi tempat wajib..tiap-tahun akan ke sana... dolu.dolu..jarak yang dekat yang membuatkan kami selalu ke sana.. weekend je leh ke sana.. balik hari pn boleh.. bila dah tukar tempat ni.. agak jauh la.. anak2 bersuara.. lama tak ke sana.. dan memang tahun ni belum berkesempatan ke cameron.. dah selalu sangat ke CH.. pendek kata banyak tempat dah dijelajahi.. search kat pakcik google.. tempat ni nampak macam cantekk je..macam comell je..macam best je...  so.. dah plan ke ch kali ni..kami nak ke tempat yang kami belum pernah jejak.. antaranya.. cameron lavender... and special thanx to my hubby.. bawa kami ke sini.. dan ke tempat2 yang wife nya plan nak pegi..semua pergi.. tempat lain..nanti lain kali saya buat entry..
kita citer pasal cameron lavender dulu..nak masuk dalam ni..kena bayo tiket.. rm5 untuk dewasa..  terlupa lak untuk kanak-kanak.. rasanya dalam rm3 (5 tahun-12 tahun) i will check back...  cameron lavender terletak kat tringkap... sape=sape yang nak eat photoshoot..pre wedding pictures.. boleh je..tapi dikenakan bayaran.. kalau tunjuk mykad..rm50..(RM50 for local citizens by showing IC to CL worker at ticket counter, The entry fees for pre-wedding shooting couple is RM100.. And RM5 for each shooting crew! )
jom layan picas kat sini..

water front cameron lavender.. kakak moncong tu.. mula-mula tak nak turun dari keta.. katanya angin kuat dan nak hujan.. tapi bila dah masuk..dia la yang excited...

saujana mata memandang.... bila tengok bunga2 ni.. subhanallah.. indahnya ciptaan Nya.. sejuk mata...  tenang hati.. :)

kereta antik ni.. nak snap picture dr arah depan.. lama sangat orang tu dok brgambo.. amek dari belakang je la...

deretan peti surat.. comey2 gitu.. agaknya tulisan cina tu maksud dia yang omputeh tu la kot??

ape benda ni ek.. ini di sebelah kiri anda bila masuk dalam ni.. sebelah kanan dengan munge2 cantik dan peti surat tu... mama je la posing..hik3

ade yang tertanya2 kan.. boleh masuk tak kat tempat munge2 tu.. tak bolehla..org yg ade tu..pekerja dia..kalau dapat masuk lagi best kan? hihi

ini atas sikit.. nampak tak munge2 kat bawah tu..pepel..kuning...merah..pepel..model asyik dok tengok benda lain je....

jom kita naik atas lak....

pokok-pokok langsuyar dalam but.. satu keunikan yang CL buat...

ini sebenarnya.... opis CL.. cantekk gk kan??

naik atas lagi.... ade kincir air... sebelah kiri anda.... lautan daisy....

lautan daisy... cantiknya....kalerpul... anda boleh petik munge ni.. rm2 untuk sekuntum munge... nak petik.. gitau kat kaunter dia...

giliran mama dan abah.. kakak snap picas...

adik dan kakak.. kat atas tu... nak pick strawberry.. leh petik sendiri.. kami dah tak larat dah nak naik lagi..lagipun.dah ada pengalaman petik sendiri strawberi..hik3

ini depan kedai dia.. dalam kedai ni..segala benda berkaitan lavender ade dijual.. munge.. bear2..perfume.mug comey.dan banyakkk lagi..kami tengok2 aje...hihi

dah turun dah... kat sini..jalan one way ye.. bila dah turun.. nak masuk semula kena lalu kot kaunter tu..so..melawat la sepuas hati anda sebelum exit.. sebelah kiri kakak ni..ade gerai2 yang jual pelbagai barangan dari ch..

berhenti lenguh sekejap..sebelum check out... hihi

apa-apa pun..kami enjoiiii kat sini... kami akan datang kembali... hihi...

Sunday, December 8, 2013

russian black and white chocolate cake

assalamualaikum dan salam siaran..
bersiaran ketika ade siaran je.. tuan blog ni rajin yang amat..
kali ni saya nak siarkan kek.. russian black and white chocolate cake..
iklan dari sis malina.. bila sis lina wat iklan.. sambil2 nak goda saya wat kek la tuuu..hik3..
at last..menjadi gak kek ni.. xbape nak comell je.. cantekk je..tp rasanya yang sodapp...lazat... hihi..
terima kasih buat assistant saya yang tak pernah jemu2 membantu...kakak alisha dan adik damia.. rajin nya anak mama ni.... dan pastinya wat sis lina yang selalu bagi semangat berkobar2 dan guide untuk menghasilkan kek n segala mok nenek.. hihi..tq sifuu...

aura ch masih ade... stoberi coklat in russian black and white cholate cake...

ini baru betoi black and white kan... nampak kaler black and white nya.. :) 


RESEPI RUSSIAN BLACK and WHITE CHOCOLATE CAKE
by : ayunalisa
source : LiNa Pg
rujuk gk d : Hana (Nak tengok cara melapis refer blog hana yea)

Bahan-bahan
170g tepung superfine*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400g)
100g serbuk koko
200g minyak jagung @ minyak masak
250g susu pekat
250g gula halus
5 biji telur - blend 5 minit

Cara-cara
- Ayak bahan yang bertanda *.
- Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
- Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (guna hand whisk)
- Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit (hingga masak)
- Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
200ml whipping cream (dairy)
500g coklat masakan (ade secotet je..lebihkan serbuk koko)
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos - ayu tak letak
2 sudu besar butter

Cara-cara
Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

 RESEPI CREAM CHEESE
500g creamcheese
1 cawan butter lembut
1 cawan gula aising
1 peket cofffee 3 in 1 -tak letak
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
kalau tak faham...leh rujuk blog hana.. saya lupa nak snap picas step dia..

- Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.
- Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. 

- Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  
- Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. 

- Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
- Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras,    panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
- Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Sunday, October 20, 2013

Indulgence Cheese Chocolate Moist Cake (ICCMC)

assalamualaikum dan salam sejahtera..
tuan blog yang sentiasa tenggelam timbul ini..
hari ini bersiaran dengan kek.. kek untuk birthday kakak.. selamat hari lahir yang ke 4 buat alisha... semoga dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki..menjadi anak yang solehah.diberikan kesihatan yang baik..sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNya..mama,abah,adik saaaayangggg kakak..

sebenarnya.... saya nak wat RVC untuk kakak.. tapi..terguda ngan kek kak malina ni..uish... sgala bahan dah ade..and ade gak bahan dok kat umah lama..sedang molek la siapkan sikit2..
dengan rasa penuh teruja..membuat kek yang mabeles ni.. namanya panjang yang amat.. nak kena tukar surat beranak lak ke ni..hihi..thanx to sifuuu...menjadi ngan jaya..memang mabeles...






resipinya..jom semak...

RESEPI INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE
 rujukan: LiNa Pg
(Untuk step by step sila rujuk ke blog Evelyn Gemina, untuk rcp CCMC refer blog kakzu)
LAPISAN KEK
KEK COKLAT MOIST/KEK SPAN - potong kepada 3 lapisan
Kek Coklat Moist resepi simpanan Ayunalisa... klik cni..
Kalau nk buat Kek Span versi ayu tengok kt  sini
Boleh guna mana resepi kek span kesukaan masing2.Kat Blog rujukan di atas juga ada rcp kek span/chiffon
LAPISAN CHEESE
Bahan-Bahan

  • 250 gm creamcheese
  • 120 gm gula castor
  • 150 gm uht whipping cream (ayu guna non diary-itu jer yg ada)
  • 1  tbsp gelatin
  • air panas secukupnye (~60ml ) 

Cara-Cara:

  1. Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
  2. Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan
  3. Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
  4. Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan
CHOCOLATE MOUSSE
  • 300  gm whipping cream 
  • 1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60  ml air panas )
  • 50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes ) ayu guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil 
  • 1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (ayu xletak)
Cara-Cara:
  1. Putar whipping hingge softpeak.
  2. Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan
CHOCOLATE GANACHE/TOPPING
  • 150ml whipping cream
  • 350g dark chocolate
  • 1 tbsp butter - cairkan
Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.

CARA MELAPIS KEK
  •  Paling bawah => Lapisan pertama - KEK
  •  Lapisan kedua    - Coklat Mousse
  •  Lapisan ketiga    - KEK
  •  Lapisan keempat - Cheese 
  • Lapisan kelima    - KEK
  •  Lapisan keenam  - Coklat Mousse                  
       Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
  • Sejukkan kek di dalam peti sejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
  • Tuang ganache ke seluruh kek.
  • Hias ikut creativity masing2
hasil post motem... sedapp.. bonda pn ckp kek sodap..

Saturday, September 14, 2013

blueberry cheese cake with almond nibs

assalamualaikum dan salam sejahtera..
lamaaaa sangat tak membaking..kerinduan..hik3..
every weekends ayu p kedai car whipkrim.. habis stok..huh.. since anniversarry kami ari tu lagi.. planning nak wt rvc.. laling nak makan rvc for anibeseri.. bln 8 lg la dok cari..smpai ari ni.. orang kedai pun dah kenal muka ni mai cari whip krim..
last2.. p kedai lagi satu.. beli krim cheese n whipkrim anchor.. tukar plan la..wat ciskk mat gebu tu...menambahkan lemak2 la ni..hihi.. wat kek utk besday in advance my SIL n sayonaro to my SIL...


ciskek yg beshhh

dari pandangan atas



jom semak resipi..



BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH ALMOND NIBS
BY : AYUNALISA
SOURCE : CMG..

BAHAN-BAHANNYA
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor ( dalam 2-3 sudu besar camtu )
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus ( 1 cawan tepung ) (tepung gandum pun ok)
1 camca teh esen vanilla

100 gram gula halus @ gula kastor- ayu ltk 4 sudu besar
1/4 camca teh cream of tartar
BLUEBERRY filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA 
Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
Tuang dalam tin, ratakan.. ayu taburkan almond nibs.. dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...

Friday, September 6, 2013

alhamdulillah... LULUS ujian memandu

assalamualaikum...dan salam sejahtera..
dah lama tak bersiaran..tuan tenggelam timbul... cerita panjang.. tak boleh nak pendekkan..hihi..
alkisah buat lesen kereta.. hasrat lama terpendam... tapi terus on selepas saya dapat tukar.. nak tak nak memang kena drive p keje.. lps lapor diri tpt baru..trs laling daftarkn saya ngan ckgu memandu merangkap kwn dia jgk..
esok hari trus masuk kelas kpp.. 07062013.. lps tu nk test..
saya amek test lmbat ckt sebab ke tempat kerja lama dulu..nak serah tugas dan setel ape yg patut..
test hari sabtu..alhamdulillah.. sekali test terus lulus.. salah satu je..


nak start belaja keta pun..agak lmbat gak..tggu bengkel.. tunggu dapat lesen L..
lupe lk stat belajar keta bila.. tapi..memang kosong la hal keta.. tak pernah drive pn.. dok sebelah je..hik3..
first day belajar.. trus ckgu suruh bawak atas jalanraya.. starting first day cikgu kata bagus..
second day.. cikgu bawak ke machang.. tempat yang akan wat test nanti.. belajar ikut laluan jpj test..
then.. lammaaaaaaa tggl...tak pegang streng..ade je halangan.. time anak murid nak belajar..cikgu ade hal..time cikgu nak ajar..anak murid ade hal..hik3..lepas tu msk bulan poso.. tak belajar jgk.. eh..belajar sekali je kot..belajar mendaki.. lepas tu anak murid nak ke tempat lain..hihi..
lepas raya baru la stat belajar semula.. belajar parking n 3 penjuru.. kata cikgu..saya anak murid yang mudah n senang nak belajar..tak kalut..n rilex..nekad nak terus sekali lulus... saya belajar bersungguh2..hihi..
dan..bila cikgu tanya bila nak test..saya trus mintak tarikh 4.9..tekad dan azam.. saya nak terus lulus pada 4.9 ni..

hari test.. 04092013..Rabu..
sebelum cikgu datang ambil kat umah.. dupdab2 memang terasa..cikgu lak lambat sampai.. hihi.. bila masuk je dalam keta cikgu..hilang sikit2 rasa nerbes.. n rasa dapat ketenangan..kekuatan..n set in mind..AKU MESTI LULUS HARI INI... doa, selawat tak putus semasa saya buat test tu.. dapat giliran no 10 sesi 1.. awal pulok..

first stage.. mendaki bukit..
alhamdulillah.. hari test lebih menjadi dari hari wat latihan kelmarin..

second stage.. side parking
alhamdulillah.. dipermudahkan... memang risau jugak kan..kot tetiba tak menjadi..terlanggar tiang ke.. saya kena buat parking tempat lagi satu... jauh cikit dari jpj..

third stage.. 3 penjuru
alhamdulillah.. saya rasa yakin hari ini lebih baik dari semalam..

finally.. saya lulus semua ujian dalam litar ni..syukur sangat2...

then... tunggu turn untuk ujian jalanraya...
risau jugak..dapat en JPJ yg camne..ade yg jenis skema..ade yg ok.. dalam hati tak putus berdoa..
bila nombor dipanggil.. Doa saya..harap dapat JPJ yang baik.. dapat laluan yang senang..dipermudahkan..dan LULUS..

bukak pintu kereta.. bagi salam kt jpj.. lps sesi berkenalan..hik3.. jpj tu nama zulkifli.. boleh mula..
wat semua step.. betul kan tempat duduk..side mirror kanan.. belakang..n side mirror kiri enn jpj tlg btulkan.. gear dh 2 kali i konpomkan dlm keadaan free..enjin keta mmg dah hidup..wat 2 kali kotnya dia xperasan i dah check.. pakai seat belt.. check air n wiper..signal..lampu..lampu kecemasan.. dan jalannnn...
alhamdulillah..en zulkifli ni..memang baik.. tersilap masuk gear..dia cakap..salah gear tu..hik3.. brdebar la katakan..n biasalah..amatur... ade gak sekali termati enjin..nak masuk simpang..hik3..dan bila dah masuk semula ke litar.. en jpj bagi nasihat... nasihat untuk masa depan.. risau gk kan kotnya tak lulus..tanya.. saya lulus tak encik..tak nampak dia angguk ke ape.. dia suruh sign.. saya tengok ade no 10.. haaa..aku tak lulus ke.. tanya dia lagi sekali.. dia cakap lulus.. alhamdulillah... tengok en jpj tanda rite kat kotak LULUS..an tengok markah 17/20..seronok sgt2..alhamdulllah..smpai no gliliran org selepas saya pn lupa no ape..kena tanya en jpj semula..no ape dia mintak...


keputusan ujian kat litar..

keputusan ujian jalanraya.. alhamdulillah..overall markah jpj bagi hari ni..tak lebih dari 18/20... kebanyakan dapat 17/20..




berkat kesungguhan..teguran..tunjuk ajar..doa dari semua insan yang ku sayang... alhamdulillah. syukur ke HadratNYa..segalanya dipermudahkan..dan saya LULUS ujian memandu dengan sekali test.. kata famili saya.. saya memecahkan rekod famili coz terus lulus.. alhamdulillah.. terima kasih kepada semua... sayang u all..mmmuah...

panjang lebar kisah kali ini.... terima kasih yang sudi membaca.. tak baca sampai habis pun takpe..ini hanya coretan kenangan buatku...

Saturday, August 3, 2013

puding lapis oreo

assalam..
slah satu menu buka poso yang saya wat.. takde buat kuih mna pun puasa ni..hihi





Bahan-bahan :
10gm agar-agar serbuk
750ml air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
3/4 cawan milo (ikut suka )- saya guna serbuk coklat
1 paket biskut oreo

Cara-cara :
1) Masakkan serbuk agar-agar hingga mendidih
2) Masukkan gula dan juga susu cair
3) Apabila masak, bahagikan agar-agar kepada dua bahagian (ambil 2 cawan untuk bahagian milo)
4) Dengan api sederhana masak agar-agar dan serbuk milo hingga hancur
5) Tuang adunan agar-agar milo dahulu..(jangan semua hanya separuh sahaja)
6) Sejukkan sebentar
7) Tuangkan kesemua adunan agar-agar putih di atas agar-agar milo yang sedikit keras tadi.
8) Masukkan biskut oreo yang di patah dua (ambil krim nya sekali)
9) Sejukkan adunan agar-agar.
10) Lapisan terakhir..tuang kan lebihan adunan milo tadi di atas adunan yang mengeras..Sejukkan dan boleh lah di makan..SELAMAT MENCUBA...

Friday, July 19, 2013

bersabarlah...

assalamualaikum...
selamat berpuasaa buat semua umat islam... dah 10 hari kita berpuasa..alhamdulillah.. dah lama saya menyepikan diri..
banyak perkara yang berlaku sepanjang diri ini tak bersiaran..
da first thing... saya dapat tukar ke tempat yang saya pohon.. dah sebulan di tempat baru... alhamdulillah.. kegembiraan dalam kesedihan.. itu yang mampu diungkapkan... gembira sebab dah dekat.. sedih sebab terpaksa berjauhan dengan suami.. anak2 juga terpaksa berjauhan dengan abah.. sepanjang kami ade anak2..tak pernah lagii dok berjauhan camni.. setiap kali masuk tengah minggu..alisha akan teringat abahnya..setiap kali nak tidur..bertemankan kain pelikat abahnya.. sedih tengok anak2 yang kerinduan.. mamanya ape kurang.. ade hikmah di sebalik semua ni.. doaku..semoga suamiku cepat dapat tukar..dipermudahkan urusan pertukarannya..amiinnn.... kami semua perlu bersabar... sentiasa mendoakan agar dipermudahkan semua urusan.. amiiinn.. terima kasih yang tak terhingga buat adik2 ku yang hantar dan jemputku dari tempat kerja.. silih berganti adik2 yang membantuku sementara saya dalam proses untuk dapatkan lesen kereta.. juga buat bonda n bonda mertuaku yang menjaga anak2.. terpaksa menyusahkan ramai orang.. huhu..




2nd things.. musibah di bulan ramadhan.. Semoga dibukakan pintu untuk insan itu sedar..kembali ke jalanNya.. Mungkin Allah nak duga kami dengan ujian begini.. Allah takkan beri dugaan di luar kemampuan hambaNya.. ade hikmah di sebalik apa yang berlaku.. memang sedih... tapi kami redha.. kami terima ujian dari Mu.. Terima kasih Ya Allah.. setiap ujian yang Kau berikan..semuanya untuk menyedarkan hambaMu..untuk mengingatkan hambaMu.. 





Friday, May 10, 2013

PUDING TRIFLE

Assalam dan salam sejahtera..
wahh..pagi2 buta ni..terajin updet blog.. lamaaaaa sangat dah dok bersawang ni..gambo2 dalam handset..tu yg melambatkan proses updet entri..
okies.. puding ni..dolu2 dah pernah buat..tapi tak pernah masukkan dalam blog..tetiba timbul balik puding ni..aish..kena wat lak ni..sekaligus mempraktikkan dan bagi tester kat famili kat kampung.. lulus ke idak untuk bawak ke majlis penting.. alhamdulillah..dapat sambutan baik.. so..ini salah satu tugas yang akan dipikul nanti.. okeh.. jom layann..seketoi je gambau nya..hik3..



RESEPI PUDING TRIFLE 
by : ayunalisa
 source: Lina pg
BAHAN A (Lapisan Kek)
  • Swiss roll secukupnya
  • Air dari jus koktel
CARA-CARA:
  1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
  2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan
BAHAN B (KASTAD)
  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.
BAHAN C (Kristal Jelly)- ayu guna perasa rasberi
CARA
  1. Sekiranya menggunaka Kristal Jelly, cuma ikut arahan pada belakang kotak.
    Saya gunakan Kristal Jelly brand Nona.Campurkan dengan 400ml air.Dan masak atas dapur hingga hancur.
  2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat .Sejukkan sebentar.Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.

feather lite cheese cake with almond nibs

assalam dan salam sejahtera..
asyik bersawang je blog ni kan.. puan blog asyik bizi dan penyakit kurang rajin nak updet la ni..entri ade berderet.. berderet la sangat kan? kita truskan je la ye..
kali ni wat feather lite cheese cake with almond nibs.. resipi asal dari evelyn gemina.. aish..btoi ke eja nama ni..tapi diubahsuai dan ditambahbaikan ngan almond nibs ni..hihi..memandai je kan.. dah kali kedua wat..memang sodapp..
jom layan respi dlu...




FEATHER LITE CHEESECAKE WITH ALMOND NIBS..
Ayunalisa..
source.. evelyn gemina. lina_pg

Bahan-bahan
250ml susu segar/susu cair
20g butter
125g cream cheese - suhu bilik
60g tepung Hong Kong (tepung gandum/tepung kek pun ok)
3 biji kuning telur
1 tsp esen vanila
3 biji putih telur
1/8 tsp cream of tartar
80gm gula
1sk jus lemon
secubit garam
1sk coklat emulco

sedikit almond nibs.. -ayu tambah
 
Cara-cara
1. Panaskan oven suhu 175'C. Gris loyang 8in dan taburkan sedikit tepung

 
2. Panaskan susu dan juga butter ke dalam periuk. Masukkan cream cheese. Kacau sentiasa menggunakan whisk sehingga agak likat@pekat.Masukkan jus lemon.Ketepikan dan biarkan suam sebentar.Boleh juga dilakukan kaedah double boiler

 
3.Pukul kuning telur dan juga esen vanila sehingga berkrim. Masukkan tepung dan juga campuran cheese tadi. Kacau menggunakan whisk sebati. ketepikan.

 
4.Mangkuk lain, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga soft peak. (terbalikkan adunan tak jatuh)

 
5.Ambil 1/4 bahagian putih telur dan campurkan ke dalam adunan kuning telur dan creamcheese tadi. Gaul menggunakan spatula. 


6. Kemudian tuang ke dalam baki adunan putih telur secara perlahan2. Gaul sebati tp jangan sampai over mix.
 
7.Ambil secawan adunan dan campurkan dengan choc emulco.Tuang adunan plain ke dalam loyang. Kemudian marblekan dengan adunan koko.


8. Taburkan almond nibs
 
9.Bakar secara waterbath selama 50-60min. Sejukkan baru potong.

Sunday, March 3, 2013

Red Velvet Cake

assalamualaikum..dan salam siaran..
dah bersawang blog ni..tuan rumah hanya menjenguk je blog ni..takde buat ape2..
kek ni ayu wat untuk damia's 2nd birthday.. tak mau melalut panjang lebar malam ni..jom terjah resipi ni..thanx to dear sis lina_pg.. always bg semangat nak wt segala jnis kek..
deco cemomot je..hihi



RED VELVET CAKE
By : ayunalisa
source : lina_pg

BAHAN-BAHAN
4 biji telur A
250 gram mentega 
*3 cawan tepung naik sendiri
*2 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor 
4 sudu makan pewarna Red Bright (ayu guna sebotol)
cawan buttermilk 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan

NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan


CARA-CARA:
  1.  Panaskan ketuhar.Lenserkan 3 biji loyang (ayu tabur sedikit tepung di dasar loyang)Ketepikan
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepika
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
  6.  Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
  7. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar hingga kek masak.

Note: 
Oven Hesstar suhu 175'C bako selama 20min 
Oven Pensonic suhu 150'C bako selama 20min

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 250g cream cheese (pd suhu bilik)
  • 250g Mascarpone cheese pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.


RESEPI 2 CREAM CHEESE
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

atau
500 gm creamcheese
250 gm butter anchor
250 gm gule icing
Putar hingge sebati

Thursday, January 17, 2013

kek puding karamel

assalamualaikum dan selamat pagi..hihi..dah pagi dah la ni..kol 12.07am.. ade kerajinan pagi2 buta ni megupdet blog..tadi transfer gambau..alang2..trus update lah..

kek ni hari sabtu lepas ayu wat..konpom abis dah la ni..request from my friend...oder kek puding ni..thanx ya dear.. harap-harap menepati citarasa ye..memang lama dah tak buat kek ni..last and first time wat untuk 1st birthday damia..means..dah hampir setahun laaa..hihi.. tengok resipi..memang nampak susah nak wat..tapi bila dah paham betol2..memang mudah je..

inila rupenya.. hasil bedah siasat xdapat nak tepek.. kena bedah siasat kat tuan dia...

yang ni 'wajah; sebelum bako.. lepas bakar lupe la pulak nak snap gambau dari atas..


jom kita refresh resipinya...


KEK PUDING KARAMEL

by: ayunalisa

source: hasue.. 

BAHAN A - GULA HANGUS:

  • 2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan

BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)
BAHAN C - LAPISAN KEK:
  • 140 gm tepung gandum  - Ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak masak
  • 2 sudu besar susu pekat manis
BAHAN D - MERINGUE
  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim tartar  
CARA MEMBUATNYA :

  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
  2. Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
  3. Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
  4. Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
  5. Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
  8. Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak  *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja