assalam..
slah satu menu buka poso yang saya wat.. takde buat kuih mna pun puasa ni..hihi
Bahan-bahan :
10gm agar-agar serbuk
750ml air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
3/4 cawan milo (ikut suka )- saya guna serbuk coklat
1 paket biskut oreo
Cara-cara :
1) Masakkan serbuk agar-agar hingga mendidih
2) Masukkan gula dan juga susu cair
3) Apabila masak, bahagikan agar-agar kepada dua bahagian (ambil 2 cawan untuk bahagian milo)
4) Dengan api sederhana masak agar-agar dan serbuk milo hingga hancur
5) Tuang adunan agar-agar milo dahulu..(jangan semua hanya separuh sahaja)
6) Sejukkan sebentar
7) Tuangkan kesemua adunan agar-agar putih di atas agar-agar milo yang sedikit keras tadi.
8) Masukkan biskut oreo yang di patah dua (ambil krim nya sekali)
9) Sejukkan adunan agar-agar.
10) Lapisan terakhir..tuang kan lebihan adunan milo tadi di atas adunan yang mengeras..Sejukkan dan boleh lah di makan..SELAMAT MENCUBA...
No comments:
Post a Comment