Search This Blog

mine! nuff

Monday, December 9, 2013

cameron lavender, tringkap, cameron highland

assalamualaikum dan salam sejahtera...
tuan blog excited.. nak share percutian.. cameron highland ni dah berkali2 kami 1 famili pergi.. menjadi tempat wajib..tiap-tahun akan ke sana... dolu.dolu..jarak yang dekat yang membuatkan kami selalu ke sana.. weekend je leh ke sana.. balik hari pn boleh.. bila dah tukar tempat ni.. agak jauh la.. anak2 bersuara.. lama tak ke sana.. dan memang tahun ni belum berkesempatan ke cameron.. dah selalu sangat ke CH.. pendek kata banyak tempat dah dijelajahi.. search kat pakcik google.. tempat ni nampak macam cantekk je..macam comell je..macam best je...  so.. dah plan ke ch kali ni..kami nak ke tempat yang kami belum pernah jejak.. antaranya.. cameron lavender... and special thanx to my hubby.. bawa kami ke sini.. dan ke tempat2 yang wife nya plan nak pegi..semua pergi.. tempat lain..nanti lain kali saya buat entry..
kita citer pasal cameron lavender dulu..nak masuk dalam ni..kena bayo tiket.. rm5 untuk dewasa..  terlupa lak untuk kanak-kanak.. rasanya dalam rm3 (5 tahun-12 tahun) i will check back...  cameron lavender terletak kat tringkap... sape=sape yang nak eat photoshoot..pre wedding pictures.. boleh je..tapi dikenakan bayaran.. kalau tunjuk mykad..rm50..(RM50 for local citizens by showing IC to CL worker at ticket counter, The entry fees for pre-wedding shooting couple is RM100.. And RM5 for each shooting crew! )
jom layan picas kat sini..

water front cameron lavender.. kakak moncong tu.. mula-mula tak nak turun dari keta.. katanya angin kuat dan nak hujan.. tapi bila dah masuk..dia la yang excited...

saujana mata memandang.... bila tengok bunga2 ni.. subhanallah.. indahnya ciptaan Nya.. sejuk mata...  tenang hati.. :)

kereta antik ni.. nak snap picture dr arah depan.. lama sangat orang tu dok brgambo.. amek dari belakang je la...

deretan peti surat.. comey2 gitu.. agaknya tulisan cina tu maksud dia yang omputeh tu la kot??

ape benda ni ek.. ini di sebelah kiri anda bila masuk dalam ni.. sebelah kanan dengan munge2 cantik dan peti surat tu... mama je la posing..hik3

ade yang tertanya2 kan.. boleh masuk tak kat tempat munge2 tu.. tak bolehla..org yg ade tu..pekerja dia..kalau dapat masuk lagi best kan? hihi

ini atas sikit.. nampak tak munge2 kat bawah tu..pepel..kuning...merah..pepel..model asyik dok tengok benda lain je....

jom kita naik atas lak....

pokok-pokok langsuyar dalam but.. satu keunikan yang CL buat...

ini sebenarnya.... opis CL.. cantekk gk kan??

naik atas lagi.... ade kincir air... sebelah kiri anda.... lautan daisy....

lautan daisy... cantiknya....kalerpul... anda boleh petik munge ni.. rm2 untuk sekuntum munge... nak petik.. gitau kat kaunter dia...

giliran mama dan abah.. kakak snap picas...

adik dan kakak.. kat atas tu... nak pick strawberry.. leh petik sendiri.. kami dah tak larat dah nak naik lagi..lagipun.dah ada pengalaman petik sendiri strawberi..hik3

ini depan kedai dia.. dalam kedai ni..segala benda berkaitan lavender ade dijual.. munge.. bear2..perfume.mug comey.dan banyakkk lagi..kami tengok2 aje...hihi

dah turun dah... kat sini..jalan one way ye.. bila dah turun.. nak masuk semula kena lalu kot kaunter tu..so..melawat la sepuas hati anda sebelum exit.. sebelah kiri kakak ni..ade gerai2 yang jual pelbagai barangan dari ch..

berhenti lenguh sekejap..sebelum check out... hihi

apa-apa pun..kami enjoiiii kat sini... kami akan datang kembali... hihi...

Sunday, December 8, 2013

russian black and white chocolate cake

assalamualaikum dan salam siaran..
bersiaran ketika ade siaran je.. tuan blog ni rajin yang amat..
kali ni saya nak siarkan kek.. russian black and white chocolate cake..
iklan dari sis malina.. bila sis lina wat iklan.. sambil2 nak goda saya wat kek la tuuu..hik3..
at last..menjadi gak kek ni.. xbape nak comell je.. cantekk je..tp rasanya yang sodapp...lazat... hihi..
terima kasih buat assistant saya yang tak pernah jemu2 membantu...kakak alisha dan adik damia.. rajin nya anak mama ni.... dan pastinya wat sis lina yang selalu bagi semangat berkobar2 dan guide untuk menghasilkan kek n segala mok nenek.. hihi..tq sifuu...

aura ch masih ade... stoberi coklat in russian black and white cholate cake...

ini baru betoi black and white kan... nampak kaler black and white nya.. :) 


RESEPI RUSSIAN BLACK and WHITE CHOCOLATE CAKE
by : ayunalisa
source : LiNa Pg
rujuk gk d : Hana (Nak tengok cara melapis refer blog hana yea)

Bahan-bahan
170g tepung superfine*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400g)
100g serbuk koko
200g minyak jagung @ minyak masak
250g susu pekat
250g gula halus
5 biji telur - blend 5 minit

Cara-cara
- Ayak bahan yang bertanda *.
- Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
- Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (guna hand whisk)
- Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit (hingga masak)
- Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
200ml whipping cream (dairy)
500g coklat masakan (ade secotet je..lebihkan serbuk koko)
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos - ayu tak letak
2 sudu besar butter

Cara-cara
Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

 RESEPI CREAM CHEESE
500g creamcheese
1 cawan butter lembut
1 cawan gula aising
1 peket cofffee 3 in 1 -tak letak
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
kalau tak faham...leh rujuk blog hana.. saya lupa nak snap picas step dia..

- Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.
- Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. 

- Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  
- Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. 

- Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
- Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras,    panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
- Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.