Search This Blog

mine! nuff

Tuesday, November 27, 2012

kek coklat moist chef zubaidah.. versi ayunalisa

assalamualaikum..
bertemu lagi kita.. kek je muncul dua tiga menjak ni.. kek coklat...lama dah ayu tak buat kek coklat.. lepas kegilaan ngan ciskek..stop kejap kek cekelat ni.. tapi.... tetiba dapat oder dari one of my fren.. nak ek coklat untuk besday cik abe dio.. aishh..aku mana amek tempahan kek.. wat untuk makan sendiri2 je.. dah banyak kali minta ayu wat kek..siap dah gtau cik abe dia..yang dia tempah kek ngan ayu,,huhhu.. untuk tidak menghampakan harapan dia.. ayu godek2 cari resipi.. tanya sifu2.. kak lina ngan kak hasue.. thanx dear sis ats segala tips... and last.. ayu wat keputusan untuk try kek coklat moist chef zubaidah ni.. takut jugak ngan penerimaan orang yang bakal makan kek ni.. maklumlah..orang yang wat kek ni.. tak pernah try lagi kek ni.. tapi dari komen2 yang pernah try wat.. semua cakap sedap.. ayu try lh..
and.. bla dah bagi kek ni kepada empunya.. alhamdulillah.. tetamu yang hadir kat majlis dia cakap kek ni sedapp.. tanya kat mana tempah..haha.. and.. ade lagi tempahan kek coklat ni.. alhamdulillah.. kalau sedap gak.. ohhhooo.. panjang lebar bercerita.. ok..ok.. jom kita tengok resipinya...



KEK COKLAT MOIST
by : ayunalisa
source : hasue
Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Penyediaan chocolate ganache:
Bahan2:
  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
ayu guna resipi lain untuk coklat ganache ni..
1/4 cawan serbuk coklat
3-5 sudu makan susu pekat
3 sudu makan butter
2-3 sudu susu cair/segar/air

campur semua bahan.. guna kaedah double boiler..

6 comments:

EmbunRosaliza said...

Cantiknya kek coklat, mudah2an sentiasa ada oder dan murah rezeki ayu n famili

lina_pg said...

Hasilnya bape kg ayu?kek n ganache?bunga xmo kira

norzila said...

dap kn ayu, zila pun suka mkn kek gini suam2 gitu..

ayunalisa said...

kak @rosa :: alhamdulillah.. ade nak oder yg jnis lain lg..kek puding karamel yg tokei kak lina..hihi..ayu je xbrani nk trima tempahan..

ayunalisa said...

kak @lina.. tak timbang dah lps siap tu.. wat lorat2 gak.. rasanya lbh 1kg jgk tu..

ayunalisa said...

@zila.. mmg sedapp.. lama x wt kek ni..rs rindu nk mngekek lk..hihi