Search This Blog

mine! nuff

Monday, December 10, 2012

red velvet cake

assalamualaikum..
dah lama tak bersiaran..aish..mukadimah sama je kan..
teruja!! dah lama dok usha rvc ni..tak terbuat je lagi..tapi bla tgk tokei kek lina pg wt..excited gk nk menerai.. tambah ngn smgt yg kak lina bagi..merujuk plbagai jns resipi..and..dah temui... thanx ya sis.. walaupun takde bahan sesempurna resipi sebenar.. tapi rasa rvc ni tetap beshhh... kakak memang tak sabar nak rasa kek ni..jap je abiss kek ni..mabeles..congrats kepada insan yang mencipta resipi ni... jom usha cara ayu..




red velvet cake
by : ayunalisa
source : lina_pg

Rujukan lain :  kak Nor , Anna. hasue

Bahan-bahan Kek :
  • 2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*
  • 1/2 tsp garam*
  • 2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama) 
  • 1/2 cawan (113 gm) butter
  • 1 1/2 cawan (300 gm) (ayu gn 1 cwn gula kastor)
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
  • 2 Tbsp cecair pewarna merah 
  • 1 tsp white distilled vinegar (ayu guna cuka makan )
  • 1 tsp baking soda
Cara-cara :
  1. Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
  2. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
  4. Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
  5. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
  7. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
  9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  10. Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
  • 1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream (ayu guna kotak kecil 200ml)
  • ** whipping cream nondiary.. tp pyh sgt nak dpt kt cni..ayu gna anchor (diary)

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.

4 comments:

ezzyra said...

sedapnya

lina_pg said...

Kek ni berantu,bila dah buat n menjadi mesti nk buat lg.Tambh lak kalau suma suka.kakna xdan nk merepeat sebuk ngn kek lain

ayunalisa said...

tggu ko dtg cni..aku wt special

ayunalisa said...

kak na dh repeat dh tu..hihi.. ade bhn cpt je nk wt..