Search This Blog

mine! nuff

Friday, December 21, 2012

jalan2 ke langkawi.. day one...

assalamualaikum dan salam sejahtera..
lama dah nak wat entri ni..tapi tuan blog bizi...alasan sama je.. percutian selama 10 hari..haha..10 hari termasuk semua hari cuti la ni.kami juz amek 2 hari cuti rehat..selebihnya cuti pree..kebetulan jatuh berderet2 dalam minggu yang sama..percutian kami bermula 9.11.12-18.11.12..kami ke penang 9.11.12.. dah lama plan nak jalan2 ke langkawi..lama dah saya tak ke sana..anak2 pun tak pernah ke sana..usha2 air asia..boleh lah naik kapa tubam lak kali ni.. harap2 kakak dengan adik ok je nanti..jap je pom dalam flight tu.. kami naik dari penang..leh jalan2 ke penang dulu.. thanx to my beloved sis family's in penang.. alla n kak malina.. luv u olls... tapi rasa tak puas lak p jenjalan..terlupe nak ubah tarikh balik.. jadi ke langkawi 3d 2n je.. tapi..walaupun jap..sonot sangat2..thanx to my lovely brother..en daun.. merangkap semua sekali masa percutian kami di langkawi.. dari 11.11.12-13.11.12..jom layan picas je la...

damia main nyorok2.. lama menunggu nk terebam..

gaya damia.. sAyang toll ngn ibu jari dio..sedapp sangat ke dik...


damia nangis2 sebelum naik kapa tubam.. dalam kapa tubam nangis gak..bukan takut ke ape..tapi memang time dia tido... abah nya tunjuk awan2 nano tu..damia pun menikmati keindahan ciptaanNya...

at last... damia terlelap....

indahnya ciptaanNya.. awan nano..nano..nano..nanoooo.. :) tengok awan ni lah..damia senyap dari menagis dan lena tido...

lom ape2..aish..dah sampai..hihi.. sib bai tak nagis dak tecik damia ni..tido jap je...peace yoo !!
                                       
                                         alhamdulillah.. we've arrived safely.. 




first place.. makam mahsuri...


at makam mahsuri..

ini rumah mahsuri... ramai bebenor orang kat atas tu..hihi

inilah potret mahsuri...

telaga mahsuri....


cukup untuk hari ini.. hari pun hujan,,, ade kugiran tengah wat persembahan.. cirite abg adry..setiap kali orang wat persembahan..teater ke..lakonan ke..atau pape lah berkaitan mahsuri..yang kena tikam tu.. lepas sudah.. ada lah yang akan pengsan.. hujan turun.. mungkin secara kebetulan kan.. dan mungkin masih ade sumpahan dia.. kita tak tau...  nanti next2 entri..saya akan tunjukkan tempat mahsuri kena tikam..tempat ni terletak di tengah bandar langkawi...

Monday, December 10, 2012

red velvet cake

assalamualaikum..
dah lama tak bersiaran..aish..mukadimah sama je kan..
teruja!! dah lama dok usha rvc ni..tak terbuat je lagi..tapi bla tgk tokei kek lina pg wt..excited gk nk menerai.. tambah ngn smgt yg kak lina bagi..merujuk plbagai jns resipi..and..dah temui... thanx ya sis.. walaupun takde bahan sesempurna resipi sebenar.. tapi rasa rvc ni tetap beshhh... kakak memang tak sabar nak rasa kek ni..jap je abiss kek ni..mabeles..congrats kepada insan yang mencipta resipi ni... jom usha cara ayu..




red velvet cake
by : ayunalisa
source : lina_pg

Rujukan lain :  kak Nor , Anna. hasue

Bahan-bahan Kek :
  • 2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*
  • 1/2 tsp garam*
  • 2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama) 
  • 1/2 cawan (113 gm) butter
  • 1 1/2 cawan (300 gm) (ayu gn 1 cwn gula kastor)
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
  • 2 Tbsp cecair pewarna merah 
  • 1 tsp white distilled vinegar (ayu guna cuka makan )
  • 1 tsp baking soda
Cara-cara :
  1. Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
  2. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
  4. Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
  5. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
  7. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
  9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  10. Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
  • 1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream (ayu guna kotak kecil 200ml)
  • ** whipping cream nondiary.. tp pyh sgt nak dpt kt cni..ayu gna anchor (diary)

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.