Search This Blog

mine! nuff

Saturday, September 14, 2013

blueberry cheese cake with almond nibs

assalamualaikum dan salam sejahtera..
lamaaaa sangat tak membaking..kerinduan..hik3..
every weekends ayu p kedai car whipkrim.. habis stok..huh.. since anniversarry kami ari tu lagi.. planning nak wt rvc.. laling nak makan rvc for anibeseri.. bln 8 lg la dok cari..smpai ari ni.. orang kedai pun dah kenal muka ni mai cari whip krim..
last2.. p kedai lagi satu.. beli krim cheese n whipkrim anchor.. tukar plan la..wat ciskk mat gebu tu...menambahkan lemak2 la ni..hihi.. wat kek utk besday in advance my SIL n sayonaro to my SIL...


ciskek yg beshhh

dari pandangan atas



jom semak resipi..



BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH ALMOND NIBS
BY : AYUNALISA
SOURCE : CMG..

BAHAN-BAHANNYA
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor ( dalam 2-3 sudu besar camtu )
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus ( 1 cawan tepung ) (tepung gandum pun ok)
1 camca teh esen vanilla

100 gram gula halus @ gula kastor- ayu ltk 4 sudu besar
1/4 camca teh cream of tartar
BLUEBERRY filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA 
Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
Tuang dalam tin, ratakan.. ayu taburkan almond nibs.. dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...

No comments: