Search This Blog

Loading...

mine! nuff

Sunday, October 20, 2013

Indulgence Chocolate Cheese Moist Cake (ICCMC)

assalamualaikum dan salam sejahtera..
tuan blog yang sentiasa tenggelam timbul ini..
hari ini bersiaran dengan kek.. kek untu birthday kakak.. selamat hari lahir yang ke 4 buat alisha... semoga dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki..menjadi anak yang solehah.diberikan kesihatan yang baik..sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNya..mama,abah,adik saaaayangggg kakak..

sebenarnya.... saya nak wat RVC untuk kakak.. tapi..terguda ngan kek kak malina ni..uish... sgala bahan dah ade..and ade gak bahan dok kat umah lama..sedang molek la siapkan sikit2..
dengan rasa penuh teruja..membuat kek yang mabeles ni.. namanya panjang yang amat.. nak kena tukar surat beranak lak ke ni..hihi..thanx to sifuuu...menjadi ngan jaya..memang mabeles...






resipinya..jom semak...

RESEPI INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE
 rujukan: LiNa Pg
(Untuk step by step sila rujuk ke blog Evelyn Gemina, untuk rcp CCMC refer blog kakzu)
LAPISAN KEK
KEK COKLAT MOIST/KEK SPAN - potong kepada 3 lapisan
Kek Coklat Moist resepi simpanan Ayunalisa... klik cni..
Kalau nk buat Kek Span versi ayu tengok kt  sini
Boleh guna mana resepi kek span kesukaan masing2.Kat Blog rujukan di atas juga ada rcp kek span/chiffon
LAPISAN CHEESE
Bahan-Bahan

  • 250 gm creamcheese
  • 120 gm gula castor
  • 150 gm uht whipping cream (ayu guna non diary-itu jer yg ada)
  • 1  tbsp gelatin
  • air panas secukupnye (~60ml ) 

Cara-Cara:

  1. Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
  2. Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan
  3. Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
  4. Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan
CHOCOLATE MOUSSE
  • 300  gm whipping cream 
  • 1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60  ml air panas )
  • 50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes ) ayu guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil 
  • 1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (ayu xletak)
Cara-Cara:
  1. Putar whipping hingge softpeak.
  2. Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan
CHOCOLATE GANACHE/TOPPING
  • 150ml whipping cream
  • 350g dark chocolate
  • 1 tbsp butter - cairkan
Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.

CARA MELAPIS KEK
  •  Paling bawah => Lapisan pertama - KEK
  •  Lapisan kedua    - Coklat Mousse
  •  Lapisan ketiga    - KEK
  •  Lapisan keempat - Cheese 
  • Lapisan kelima    - KEK
  •  Lapisan keenam  - Coklat Mousse                  
       Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
  • Sejukkan kek di dalam peti sejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
  • Tuang ganache ke seluruh kek.
  • Hias ikut creativity masing2
hasil post motem... sedapp.. bonda pn ckp kek sodap..

2 comments:

EmbunRosaliza said...

hilang la pulak komen tadi, cantik kek ayu, akk belum berani lg nk buat kek ni.

happy belated besday buat kakak alisha.

kalo bonda kata sedap, mmg sedap la kek ty

ayunalisa said...

kak rosa.. boleh la try buat nanti.. ayu tgh plan nk repeat wat..