Search This Blog

mine! nuff

Sunday, March 3, 2013

Red Velvet Cake

assalamualaikum..dan salam siaran..
dah bersawang blog ni..tuan rumah hanya menjenguk je blog ni..takde buat ape2..
kek ni ayu wat untuk damia's 2nd birthday.. tak mau melalut panjang lebar malam ni..jom terjah resipi ni..thanx to dear sis lina_pg.. always bg semangat nak wt segala jnis kek..
deco cemomot je..hihi



RED VELVET CAKE
By : ayunalisa
source : lina_pg

BAHAN-BAHAN
4 biji telur A
250 gram mentega 
*3 cawan tepung naik sendiri
*2 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor 
4 sudu makan pewarna Red Bright (ayu guna sebotol)
cawan buttermilk 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan

NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan


CARA-CARA:
  1.  Panaskan ketuhar.Lenserkan 3 biji loyang (ayu tabur sedikit tepung di dasar loyang)Ketepikan
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepika
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
  6.  Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
  7. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar hingga kek masak.

Note: 
Oven Hesstar suhu 175'C bako selama 20min 
Oven Pensonic suhu 150'C bako selama 20min

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 250g cream cheese (pd suhu bilik)
  • 250g Mascarpone cheese pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.


RESEPI 2 CREAM CHEESE
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

atau
500 gm creamcheese
250 gm butter anchor
250 gm gule icing
Putar hingge sebati

1 comment:

lina_pg said...

Ish..ish...lama tul kek ni terperam..baru kuar kat blog hihi..
seb baik sempat merasa kek baldu merah ni.