Search This Blog

mine! nuff

Friday, May 10, 2013

PUDING TRIFLE

Assalam dan salam sejahtera..
wahh..pagi2 buta ni..terajin updet blog.. lamaaaaa sangat dah dok bersawang ni..gambo2 dalam handset..tu yg melambatkan proses updet entri..
okies.. puding ni..dolu2 dah pernah buat..tapi tak pernah masukkan dalam blog..tetiba timbul balik puding ni..aish..kena wat lak ni..sekaligus mempraktikkan dan bagi tester kat famili kat kampung.. lulus ke idak untuk bawak ke majlis penting.. alhamdulillah..dapat sambutan baik.. so..ini salah satu tugas yang akan dipikul nanti.. okeh.. jom layann..seketoi je gambau nya..hik3..



RESEPI PUDING TRIFLE 
by : ayunalisa
 source: Lina pg
BAHAN A (Lapisan Kek)
  • Swiss roll secukupnya
  • Air dari jus koktel
CARA-CARA:
  1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
  2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan
BAHAN B (KASTAD)
  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.
BAHAN C (Kristal Jelly)- ayu guna perasa rasberi
CARA
  1. Sekiranya menggunaka Kristal Jelly, cuma ikut arahan pada belakang kotak.
    Saya gunakan Kristal Jelly brand Nona.Campurkan dengan 400ml air.Dan masak atas dapur hingga hancur.
  2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat .Sejukkan sebentar.Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.

5 comments:

sekadar satu coretan said...

sedapkann bila masa baru keluar dr petisejuk...nyaman jer tekak ni bila mknnnye tuu..

LiNa_Pg said...

Cantik kalerpul gitew..
Guna swiss roll pandan ke tu ayu?

ayunalisa said...

@ainnoraini

a a..mmg sdap..sjuk2..nyaman tekak...

ayunalisa said...

@lina _Pg

ye sis.. gna swiss roll pndan.. kalerpul srupa traffic lite//hihi

EmbunRosaliza said...

Nyaman masuk tekak tu