Search This Blog

Loading...

mine! nuff

Saturday, February 22, 2014

indulgence cheese chocolate moist cake for damia's 3rd birthday

assalamualaikum dan salam sejahtera..
aishh.. ter excited posting... kek ni request from my lil damia... mama.. mia nak kek ade bunga...ade tulisan..ade pokok... macam-macam anak mama ni,,, mama turutkan aje sebab semua ade kat umah..boleh la buat utk cayang mama ni...
birthday damia on 1st of february.. disebabkan memenuhi kenduri kendara pada tarikh tersebut.. terpaksa lewatkan cikit celebrate birthday damia.. tapi..kek dah siap mama wat..
happy birthday adik damia.. semoga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki..menjadi anak yang solehah.. menjadi anak yang bijak pandai..sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya... mama..abah.. kakak.. saaaaaayanggggg adik....

.. kek yang disukai oleh kami semua..sedang molek adik2 beradik ipar ku ade belako...si kecik iman.. pun pandai menilai kek sedap ke idak..hihi..katanya,, iman suka kek ade coklat dan keju..hihi..

selamat hari lahir adik damia....


jom refresh resipi kek sedap ni


RESEPI INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE
 rujukan: LiNa Pg

LAPISAN KEK
KEK COKLAT MOIST/KEK SPAN - potong kepada 3 lapisan
Kek Coklat Moist resepi simpanan Ayunalisa..
 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Kalau nk buat Kek Span versi ayu tengok kt  sini
Boleh guna mana resepi kek span kesukaan masing2.Kat Blog rujukan di atas juga ada rcp kek span/chiffon
LAPISAN CHEESE
Bahan-Bahan

  • 250 gm creamcheese
  • 120 gm gula castor
  • 150 gm uht whipping cream (ayu guna non diary-itu jer yg ada)
  • 1  tbsp gelatin
  • air panas secukupnye (~60ml ) 

Cara-Cara:

  1. Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
  2. Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan
  3. Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
  4. Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan
CHOCOLATE MOUSSE
  • 300  gm whipping cream 
  • 1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60  ml air panas )
  • 50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes ) ayu guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil 
  • 1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (ayu xletak)
Cara-Cara:
  1. Putar whipping hingge softpeak.
  2. Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan
CHOCOLATE GANACHE/TOPPING
  • 150ml whipping cream
  • 350g dark chocolate
  • 1 tbsp butter - cairkan
Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.

CARA MELAPIS KEK
  •  Paling bawah => Lapisan pertama - KEK
  •  Lapisan kedua    - Coklat Mousse
  •  Lapisan ketiga    - KEK
  •  Lapisan keempat - Cheese 
  • Lapisan kelima    - KEK
  •  Lapisan keenam  - Coklat Mousse                  
       Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
  • Sejukkan kek di dalam peti sejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
  • Tuang ganache ke seluruh kek.
  • Hias ikut kreativiti masing2


tepi2 tu runtusss ckt..mama nya nak cepat.. ganache lom sejuk dh tuang..hihi...





2 comments:

ezzyra said...

mia dgn bju tido..hihi

LiNa_Pg said...

Len kali nk order Indulgence la pulok hihiii