Search This Blog

Loading...

mine! nuff

Sunday, June 1, 2014

caramel cheese cake

assalamualaikum.. dan salam siaran dari jauuhhhh.. hihi..
kali ni tulis entri dengan kegembiraan dan rasa syukur... bersiaran bersama suami tersayang dan anak2 di sisi.. excited la kannn.. alhamdulillah.. blog picisan ni terpilih dlm blog review kt majalah jelita jun 2014.. ( nnt kita cite psl ni..) thanx to all.. ni buat saya semakin rajin update entri..
kali ni saya buat kek karamel keju.. macam pelik je kn.. caramel cheese cake la nama dalam omputehnya.. hasil skodeng blog kak lina.. ni..hubby saya terliuqq jugak ni...terus la wife dia cari bahan dan wat kek ni..



sodap kann laling ? ( abaikan tudung saji tu ye.. saje nk expose kan tu.. )

jom semak resipi..thanx to kak lina...

CARAMEL CHEESE CAKE..
By.. ayunalisa
soutce : kak lina_pg

Bahan A (Gula Hangus)

  • 4 tbsp gula kaster (ayu gn 2sb gula pasir)
Bahan B (Puding Karamel)

  • 6 biji kuning telur
  • 200g susu cair  (ayu gn 1 cawan)
  • 70g air
  • 1 sk esen vanila
Bahan C 

  • 4 biji putih telur
  • 50g gula kaster
  • 1/4 tsp cream of tartar
Bahan D

  • 500g cream cheese
  • 150g gula kaster
  • 40g butter
  • 4 biji kuning telur
Cara-Cara:

  1. Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.
  2. Satukan bahan2 B & gaul hingga sebati. Tuang sambil menapis kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
  3. Kemudian, pukul bahan2 C hingga pekat & bertanduk.
  4. Pukul bahan2 D kecuali kuning telur hingga lembut & licin, masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul kedalam adunan cheese (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min.ayu guna kaedah kaup balik dengan spatula jer
  6. Bakar guna water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 160 C (ayu bakar suhu 150'C)
  7. Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.



nnt kita wat lagi......

** ayu guna resipi cheese cake yang ni...refer cni ye..

selamat mencoba... tak pe lepas tambahkan lemak2 ni..kita exercise pulok deh.. ;)

2 comments:

LiNa_Pg said...

Memang sedap....nora suka sangat...nora bagi **** hihiii

cheq da said...

Follow blog..slm kenal