Search This Blog

mine! nuff

Friday, July 20, 2012

laksa sarawak

assalam...tayangan makanan sebelum berpuasa..agak lama puan blog menyepikan diri..kebizian..dan kerajinan yang agak kurang..wah..dah seminggu air takde kat bumi goa ni..aduyai..sabor je lah.. di kesempatan ini..ayu ingin mengucapkan selamat berpuasa..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati olehNya..
ekceli dh agak lama wt lksa sarawak ni..thanx to kak rosa bg pes haji manan ni.. n thanx to her maya's fren.. ayu pn ade beli pes haji  manan ni.. atas prmintaan famili hubby yg mengetest laksa sarawak, ari tu..ade permintaan untuk wat raya.. thanx to my my fren.. tlg belikn pes ni..n sambil2 tu ayu promot kt org lain kesedapan lksa sarawak guna pes haji manan ni.. gambo pes xdan nk upload lh..nnt ade masa ayu upload ye.. sume suka makan laksa sarawak ni..memmmey best.. damia pun makan..banyak lak tu..thanx to kak hasue ye...respi besh..n tolong pomot pes ni..mudah je cara nak wat..kawan2 ayu pun dah try wt..sedappp... jom kita tengok resipi nya...

Laksa Sarawak
by: ayunalisa.blogspot.com
source: kak hasue n kak rosa


Bahan2 laksa(tidak terhad):
  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
  • Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)
  • Tauhu goreng-tak letak gak..lupe nak beli. :)
  • Telur dadar
  • Tauge(celur seketika)
  • Cendawan hitam(celur)- tak letak..xde stok
  • 300g udang(celur)
  • Telur rebus
  • Sambal belacan dan limau kasturi
Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:
  • 200g pes laksa sarawak hj manan
  • 2 liter air
  • 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)- ayu pun guna santan kotak..mudah sikit nak sukat2..
  • Garam n gula/perasa secukupnya
Cara menyediakan kuah laksa:
  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa 
  3. Cara Menghidang laksa sarawak: Sediakan mangkuk,masukkan bihun,dan bahan2 laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati..

tak sempat nak kasi posing lawa sikit..amek dari pinggan laling je ni.. ayu tak dan nak hias2..skali tengok..dh nak abis dah..hihi..tp memang mabeles la..

edited.. pes laksa sarawak..
 

3 comments:

EmbunRosaliza said...

sangat sedapkan laksa sarawak ni..eqa suka sangat

norzila said...

lama x buat...dok simpan lagi rempah...

ayunalisa said...

norzila.. leh try wt lh tu sis.. mudah je.. sy pn br dpt lk pes ni.. ade org ke srwk baru2 ni..