Search This Blog

mine! nuff

Saturday, June 9, 2012

happy birthday to my beloved hubby n strawberry cheese cake

assalamualaikum..salam siaan
sekejap timbul..sekejap tenggelam puan blog ni...
hari ni 9 jun... selamat hari lahir buat suami ku yg tercinta.. semoga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa dirahmati dan dilindungiNYA, sentiasa bahagia bersama anak2 dan isterimu ini.. we luv u sooooooooooooooooooooo much...
balik kampung last week..celebrate besday laling ngn adik bongsunya.. ayu wat strawberi cheese cake recipe from kak hasue... apam dot2 istmewa utk anak2 ku..suka sgt ngn apam dot2 ni..dan wat laksa sarawak.. thanx to kak rosa 4 da pes and also to her maya's frenn.. thanx ya sis :)

strawberry cheese cake - ayunalisa
by: ayunalisa
source : hasue

Bahan-bahan:
• 125g cream cheese | 175g cream cheese - kek srawberi ni ayu ltk 200 g cream cheese.. abiskan stok
• 200 ml susu segar | 400ml susu segar/perisa strawberi/perisa coklat
• 70 g mentega atau marjerin | 90g mentega/ marjerin
• 70 g tepung gandum | 90g tepung gandum
• 70 gram gula halus | 90g gula halus
• 2 biji telur saiz A | 4 biji telur A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar/( susu strawberi/coklat) ke dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.


sedapp sgt.. bukan angkat bakul sendiri ye..yapi mmg sedap..menjadi resipi kak hasue..


topping ngan coklat..request from laling...


apam dot2..favorite alisha dan damia....



4 comments:

EmbunRosaliza said...

Hepi besday buat rul, menjadi ciskek stoberi tu ayu

ezy azira said...

wah2...sdapnya...nyum2

ayunalisa said...

most welkam sis rosa.. nnt leh wt smula lk.. sedih..xdpt nk wt tiramisu ari tu..dh siap kek span..xckup 1 bhn p cr kt kdai..huk3

ayunalisa said...

ezzy>> mmg sedap..hik3.. leh try yg coklat lk..