Search This Blog

mine! nuff

Thursday, January 17, 2013

kek puding karamel

assalamualaikum dan selamat pagi..hihi..dah pagi dah la ni..kol 12.07am.. ade kerajinan pagi2 buta ni megupdet blog..tadi transfer gambau..alang2..trus update lah..

kek ni hari sabtu lepas ayu wat..konpom abis dah la ni..request from my friend...oder kek puding ni..thanx ya dear.. harap-harap menepati citarasa ye..memang lama dah tak buat kek ni..last and first time wat untuk 1st birthday damia..means..dah hampir setahun laaa..hihi.. tengok resipi..memang nampak susah nak wat..tapi bila dah paham betol2..memang mudah je..

inila rupenya.. hasil bedah siasat xdapat nak tepek.. kena bedah siasat kat tuan dia...

yang ni 'wajah; sebelum bako.. lepas bakar lupe la pulak nak snap gambau dari atas..


jom kita refresh resipinya...


KEK PUDING KARAMEL

by: ayunalisa

source: hasue.. 

BAHAN A - GULA HANGUS:

  • 2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan

BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)
BAHAN C - LAPISAN KEK:
  • 140 gm tepung gandum  - Ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak masak
  • 2 sudu besar susu pekat manis
BAHAN D - MERINGUE
  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim tartar  
CARA MEMBUATNYA :

  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
  2. Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
  3. Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
  4. Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
  5. Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
  8. Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak  *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja
     

4 comments:

LiNa_Pg said...

assalam...comey kejadian kek karamel ni...pasni lagi banyak tempahan la nampak gayanya..

EmbunRosaliza said...

Assalam cantik kaler biru tu ayu, semoga terus maju dlm biz

ayunalisa said...

hihi..alhamdulillah..wlupn sdkt mslh tknikal..

ayunalisa said...

kak rosa :: amiinn.. skadar memenuhi permintaan kwn2 je.. hihi.. ade kaler2 tu je..hihi