Search This Blog

mine! nuff

Monday, March 21, 2011

orkid merpati

salam..kali ni aku nk cite psl bunga orkid lk..klua umh..aku terpbau harum mewangi je..bunga ape ni..nun di tepi rumhku..aku terpanang bunga wane putih..wah..orkid merpati dh berbunga lg..tp syg..dh tggl ckt je spesis orkid ni kt umh ku..huhu..sedih gk bla tgk pokok2 kt umh dibuang 'org'..
seingt aku..jiran ade dtg rumah nk mtk ckt orkid ni..katany nk w ubat..ubat telinga..kta tgk la gambar orkid mrpati yg masih de kt umh bondaku ini..


mcm burung merpati kn bunga dia?wangi lk tu..

sdikit info psl orkid mrpati ni...

Anggerik merpati (Pigeon Orchid) merupakan antara orkid liar dalam keluarga Orchidaceae yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia merupakan sejenis tumbuhan epifit , iaitu pokok penumpang yang tidak akan menyerap makanan daripada pokok yang ditumpangnya kerana ia mampu membuat makanannya sendiri. Pokok orkid ini kelihatan seperti berserabut dan mudah kelihatan di pohon-pohon yang besar seperti pokok durian , pokok getah,pokok rambutan dan pokok kelapa sawit serta paling mudah dijumpai tumbuh pada dahan kayu yang telah tua. Nama lain bagi orkid spesis ini ialah Anggerik desa, orkid merpati, sepulih anggerik, sakat harum, tokmaisi, orkid desa, Pigeon orchid, white dove orchid, daun seputih tulang, anggerek bawang, bunga angin.

Kelebihan orkid ini ialah bunganya yang berwarna putih mempunyai bau yang sangat harum. Sayangnya keharuman kuntuman orkid ini hanya boleh bertahan dalam masa sehari sahaja. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak selalunya selepas hujan lebat yang turun diikuti cuaca panas yang berpanjangan.

KHASIAT DAN KEGUNAAN
Walaupun anggerik ini mempunyai bunga yang cantik dan berbau wangi, ia jarang dijadikan tumbuhan hiasan kerana bunganya yang hanya dapat bertahan selama 1 hingga 2 hari sahaja.Tumbuhan ini tergolong antara tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Antara kegunaannya dalam perubatan ialah air yang dikeluarkan daripada batangnya untuk mengubati sakit telinga.



5 comments:

HaSue said...

kat umah ni ada yg dah arwah orkid nya..tp orkid biasa2 jer..x tau nama pun..hehe...tp sng nak jaga kan orkid nih sbnrnya.. LD

ezy azira said...

pokok ni dok area mna eh...kt dpan dh xde kan...kt tepi umah ke?

EmbunRosaliza said...

Assalam...ohhh sikitnya akk blk ari tu pun tak oerasan..lagi banyakkk kat umah akk ni..tapi tak bungo pulok huhuhu

Adry@Daun said...

As Salam ayu,
Pideon orchid ni abe yg tnm. Rajin bbunga dgn byk. Pkk tmpt ia menumpang dh kna tbg, tu yg hbis pupus.

ayunalisa said...

haSue>>a a..sng je jg orkid nih..hehe
comel2 lk kn bnga2 orkid.
ade mcm2 kaler..yg ni spesel dia..ade bau wangi..