Search This Blog

mine! nuff

Monday, June 6, 2011

buah ajaib

assalamualaikum dan salam sejahtera..
tuan blog balik bercuti ke kampung..memenuhi undangan kenduri kawen sambil memenuhkan peyut ni..dan spt slalu la..time ct sek, jem la jln..huhu.. dh lama nk post pasal pokok dan buah ajaib ni..pokok ni ada kt umh bapa mertuaku..dh lama amek gambar nya..tggu buah masak..balik mgu lps..dh ada buah yg masak..aku pn ape lg..trs la snap gambarnya..ari tu amek gambar bunga dia je..
buah nya merah2 comel gitu..klu makan..rasa manis..tp abah aku cakap..atas org tu gk..klu chat, buah tu kta akn rs manis..klu ade yg xkena ckt ngn bdn ni..org yg mkn buah ni akn rs masam, kelat n pahit..aku mkn buah ni..mmg rs manis..aduh..manis nya lama..melekat kt lidah ni..mnum air kosong pn rs manis dia lg..

info tentang buah ajaib...

Sweet berry yang digelar buah ajaib atau "miracles berry" yang berasal dari Afrika Selatan adalah antara herba yang semakin mendapat tempat.

Mendapat nama daripada keunikan rasa buahnya yang manis serta bertahan selama dua hingga tiga jam selepas memakannya. Sebarang makanan atau minuman yang masam, jika dimakan dalam tempoh dua hingga tiga jam akan berasa manis kerana rasa manis "sweet berry" ini melekat pada lidah.

Pokok yang dikategorikan sebagai tumbuhan liar ini mempunyai daun yang lebar, lonjong dan berwarna hijau tua. Buahnya bersaiz kecil seperti biji kopi, namun sedikit lonjong, dan biasanya bertukar warna merah apabila matang.

Tinggi pokok boleh mencecah sehingga 6.1 meter dan ia ditemui hidup meliar di kawasan hutan di benua Afrika iaitu di Ghana dan Nigeria.

Buah ajaib mempunyai rasa yang manis namun kandungan gulanya tidak memudaratkan kesihatan. Gulanya mengandungi protein miraculin yang merangsang deria rasa manis pada lidah, ia dapat mengubah rasa masam walaupun rasa cuka sekalipun.

Pokok ini mudah untuk ditanam dan sesuai dengan cuaca di negara ini. Buah ajaib memerlukan air dan matahari yang banyak sepanjang tahun. Kadar pH tanah yang sesuai bagi penanaman pokok ini ialah 4.5 hingga 5.8, dan pokok sukakan tanah yang sedikit lembap dan biasanya akan berbuah selepas setahun ditanam.

Pokok ‘sweet berry’ mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan. Contohnya daunnya digunakan untuk mengubati sakit gigi, manakala untuk penghidap kencing manis, mereka perlu memakan tiga helai daunnya setiap hari dan dipercayai boleh mengurangkan kadar gula yang tinggi dalam darah.

Selain itu, dikatakan daun buah ajaib sesuai dimakan apabila tidak sedap badan seperti hendak demam. Rasa daunnya agak pahit dan sedikit pedas.

jom layan gambar2 buah ajaib ni..dr bunga dia..buah yg ijau dan buah yg masak..


inilah rupanya buah ajaib..yang merah2 tu..buah yg dah masak..manis rasanya..yg hijau tu lom masak...

2 keping gambar ni..bunga2 dia..gambar ni aku amek 2 bulan lps ke? xingt lk..dlm kamera dh delete dh..huhu..kck2 je bunganya...



dari sudut pandangan yg berbeza..hehe..thn ni buah nya x brapa lebat..thn lps mmg lebat sgt..

1 comment:

lina_pg said...

mana ayu snap buah ajaib ni..