Search This Blog

mine! nuff

Tuesday, December 9, 2014

nasi beriani mudah dan sedap

assalamualaikum dan salam siaran...
rajin sikit nak buat entri....
nasi beriani... mmm..my laling yang request untuk buat makan2 ngan famili nya... sempena kesyukuran sambil2 dah semua adik beradik nya ade.. blh la buat... dah selaluuuuu makan yang kak lina buat.. tengok2 dan tolong tengok2 cara buat je.. tak pernah try buat sendiri.. sooo..ini first time la ni... alhamdulillah... menjadi... semua yang makan... cakap sodappppppp dan boleh dah terima tempahan.. ok.. sape2 yang nak tempah untuk makan beradap.. boleh la ek tempah ngan ayu.. hik3 :)
first time buat.. dapat sambutan hangat... ayam memang grill atas api.. :) than BIL n laling tlg bako kan..
ok..ok...sebelum semak resipi..thanx utk my sifu..ats tunjuk ajar mu... dan thanx for my beloved hubby.. cari bahan2 nunnnn jauh d goa and tolong syg mu ini masak2...

nasi beriani + ayam grill madu rosemarry + daging masak hitam + acar + papedom



NASI BERIANI
By : ayunalisa
source : sis Lina

BAHAN-BAHAN:


  • 5 pot beras basmati ( cuci bersih dan rendam ~20min)
  • 5 pot air rebusan ayam (boleh guna air biasa jer)
  • 2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)
  • Rempah tumis 4 beradik (Bunga lawang, b.cengkih,pelaga,kulit kayu manis)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 1 kiub ayam maggi
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
  • Minyak sapi / minyak masak / mentega

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn sampai garing ya..nnt pahit xsedap lak
  2. Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.
  3. Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut.Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasan
  4. Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
  5. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkitkan aroma nasi beriani ni.
  6. Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasan
** daun pudina illlekkk.. 

resipi ayam rosemarry dan daging masak hitam akan menyusul...

No comments: