Search This Blog

mine! nuff

Tuesday, May 20, 2014

kek minyak

assalamualaikum... dan salam sejahtera..
macam ucapan untuk debat je.. malam ni bersiaran dalam gelap lagi... sambil menunggu encik hubby pulang... semoga selamat sampai sayangku... dari jauuhhh..drive malam2 ni untuk anak kesayangan nya..untuk tak nak bagi mata ni titon..mari lah kita hapdet blog dulu...
kek minyak.. lama dah buat.. tapi..biasa la tuan nya..tak ada masa nak expose kn.. hihi.. kek minyak ni tempahan.. asalnya untuk makan2 di hari kenduri.. tapi... dibuat salah satu hantaran atas "par' (dulang hantaran) dan jauuhh ke 'obersea'.. hehhehe...


kek minyak... petak-petak kecil ni jadi deco laa... :)






jom semak resipi...

KEK MINYAK

by : ayunalisa
source : lina_pg

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (ayu gn 1/2 cawan gula kastor)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (ayu gn 3/4cawan)
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (Ayu bakar suhu 160'C selama 50min api atas dan bawah)
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
** kek ni memang sodap..makan yang suam2 kek pn sodap... bonda pun suka makan kek ni,,