Search This Blog

mine! nuff

Wednesday, October 19, 2011

nasi lemak hujan panas

asalam...nasi lemak ni saya wat minggu lepas..biasalah..kesibukan mengatasi segalanya..terbantut sesi mengapdet blog tersayang nih..hari tu tertengok nasi lemak kak rosa..pastu larling pon request nak makan nasi lemak gak..so apelagi..buat guna resipi sendiri..

nasi lemak hujan panas ayunalisa
by : ayunalisa

2 cawan beras
2 cawan air dicampur dengan setengah peket santan segera
1 inci halia- dimayang
2 ulas bawang putih-dimayang
secubit garam
3 helai daun pandan
sedikit pewarna merah, hijau, kuning

cara2 untuk buat nasi :)
1. masukkan semua bahan ke dalam rice cooker kecuali pewarna. masak seperti biasa
2. bila nasi dah kering, ldah dekat2 nak masak.etakkan 3 jenis pewarna pada tempat berlainan..satu tempat satu warna..kacau setiap warna tu..jangan kacau semua skali ye.
3. bila nasi dah masak, bolehla gaul semua skali..biar kesemua warna bercampur comel..

sambal ikan bilis
ikan bilis - dibasuh,cuci,tos -separuh goreng garing,separuh lg nak guna untuk dalam sambal
1 biji bawang besar *
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
sedikit halia *
7-8 biji cili kering (direndam atau direbus terlebih dahulu)*
garam secukup rasa
asam keping
sedikit gula melaka a.k.a nise..
sedikit sos cili, sos tomato,oyster (optional-nak letak boleh,tak nak letak pun tak pe)
minyak

kisar semua bahan bertanda *

cara2

1. panaskan minyak..
2. tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak..boleh la letak bahan optional tadi
3. masukkan gula melaka, ikan bilis( yang belum digoreng) dan sedikit garam
4. masukkan asam keping dan kalu nak banyak lagi 'kuah' tambah sedikit air
5. kacau2 hingga masak dan siapp...

boleh makan dengan ikan bilis goreng garing tadi, kalau nak tambah kacang tanah goreng pon boleh, ulam timun dan telur..
'''selamat mencuba''


darling cakap..eh..x cukup lah..nanti kena wat lebih sikit.. alisha pn makan gak nasi lemak ni..makan nasi saje je dia..siap bertambah2.. :)

7 comments:

Adry@Daun said...

Nasi lemak satu... Sambal taruk lebih.. Timun pn buh byk....haha..

EmbunRosaliza said...

Sikitnya nasi lam pinggan tu kalo akk pun tak cukup heheh..len kali kalo buat nasi lemak utk bf, lunch n dinner sekali heheh

Adry@Daun said...

Kak rosa, yg tu utk posing je. Yg mkn rasanya penuh pinggan...haha..

ayunalisa said...

@en daun..nasi lemak siapp!! bolee..belee..sume kasi taruk lebeyy

ayunalisa said...

KAK ROSA.. HIK3..UTK POSING JE TU..TERSALAH AMBIK MANGKUK..mmg skali mkn je tu..hbs 1 puyuk..hihi

ezzyra said...

ciputnya nasi...kedekot...haha

ayunalisa said...

ezzy""\/ hak3..alaa..wt 1 puyuk je..byk dh tu..